Dari hati ke blog

ku memerhati,ku berfikir,ku luahkan

sudah berpindah

maaf semua,blog ini sudah ada rumah baru iaitu hati dan blog - mungkinkah bersama?

ulang tahun ke-3 infomalaya.com

blog ini mula sekali dijumpai oleh radar penulis ketika mencari artikel mengenai charger pemain mp3 yang menggunakan bateri AA. memang sempoi sekali artikel ketika itu.masa itu infomalaya.com menggunakan tema yang dibuat sendiri iaitu tulus 2.0. memang menarik dan ringan.

Baiklah infomalaya.com sudah berusia 3 tahun seperti yang ditulis di tajuk entri.Blog infomalaya.com merupakan blog yang serba boleh dalam pelbagai perkara antaranya blogging,teknologi,tazkirah dan pelbagai lagi.

Infomalaya.com merupakan salah satu blog teknologi selain dari blog kepunyaan aman iaitu amaz.my yang juga berkisar tentang teknologi.Dalam usia infomalaya.com yang makin matang ini saya berharap agar blog ini dapat mencurahkan baktinya dalam memberi ilmu yang bermanfaat kepada pembacanya.

secara jujur saya tiada apa untuk mengkritik infomalaya.com kerana saya tidak nampak kekurangannya.(ini sudah sejujur-jujurnya)

Sebagai melengkapkan entri ini saya sertakan sekali banner blog ini.
banner

ringkas dan padat

kenangan terdahulu

zaman remaja hanya datang sekali.setiap kenangan yanga ada tiada nilainya.Kenangan bersama teman-teman seangkatan banyak mengubah kehidupan.Imbasan kembali ke zaman sekolah memang menarik.jadi saya mahu mengadakan pertandingan kenangan terdahulu semasa zaman persekolahan.Mengapa zaman persekolahan? sekolah merupakan tempat pertama kita belajar tentang kehidupan. ok syarat-syarat pertandingannya:

1. entri berkisar tentang sekolah rendah.

2.sertakan sekali gambar semasa sekolah rendah dulu.( kerana banyak pernyertaan tidak dapat menyediakan gambar semasa kecil,saya berikan alternatif lain iaitu snap gambar kanak-kanak yang comel sebagai gantinya)

3.sertakan sekali cikgu yang paling garang.beri alasan kekejaman cikgu itu.

4. tarikh tutup pertandingan: pukul 9 malam 30hb julai 2009(waktu malaysia)

hadiahnya misteri. contest ni special sedikit sebab ada 3 orang pemenang.

Jangan lupa beri backlink ke blog ini ya

santai - carwash

sudah 2 bulan aku merayau di penang.inilah kalau kerja 2 kali seminggu,hujung minggu kerjanya.Balik je ke rumah,jiran tanya

bila konvo?

huhuhu,memang pedas sekali soalan itu.Aku ini memang lambat sedikit daripada orang lain.Tadi baru je lepas dinner di carwash.Akak yang ambil pesanan tu pun sama tanya soalan sama.

Bila konvo?Boleh akak kasi bunga time konvo.

Lambat lagi kak.2010 nanti.Jawabku

Kecewanya,nampaknya bunga tu layu dulu.

Seperti kebetulan sahaja timingnya.

jodoh

hujung minggu lepas sempat juga aku balik menjengah Old Boys Weekend kat sekolah lama aku.Cadang hendak jumpa cikgu-cikgu yang tersayang tetapi hampa kerana banyak cikgu yang telah ditukarkan.Sebak rasanya.Hal emosi ini tolak ke tepi dahulu,ada perkara yang lebih penting daripada itu.

Rindu yang lara itu terubat sedikit dengan kehadiran beberapa cikgu-cikgu lama.Soalan pertama ditanya:

Bila mau nak kahwin?

Waduh-waduh,soalan yang tajam sekali.Bukan apa ia sudah lumrah pemuda-pemuda yang berusia 20 an ke atas ditanya sebegitu.Dua orang sahabat sekolahku sudah bertunang menyebabkan pandangan itu menjalar dengan pantas semasa penjumpaan semula.

Entah bila diri ini mahu ketemu pelengkap diri.hehehe

satu ketika dahulu

pernah kita kita untuk terfikir apa yang akan berlaku di masa hadapan? muka yang kacak akan berkedut seribu,anak-anak yang terlebih nakal dari kita,seringgit sama nilai sepuluh ringgit, dan memacam lagi. Jika difikirkan masalah ini,tentu tak tidur malam dibuatnya.

jadilah seperti kanak-kanak kerana hidupnya dan fikiran dalam ruang masa sekarang.Kalau bergaduh,esok pagi boleh tepuk tampar lagi.Masalah diselesaikan di kamar tidur.Setiap hari ceria sekali. Dalam kesibukan bekerja sedekahlah sedikit senyuman kepada orang di sekitar kita.Apa-apa yang kita buat ada balasannya sama ada cepat atau lambat.Budi yang dibuat usahlah hendak dikira atau diingatkan tetapi jadikan sebagai daya tolak untuk terus melangkah.langkah sekecil langkah semut sekalipun perlu dilakukan untuk mengejar impian.perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.

« Previous Entries