Jan
23rd

rungsing

Files under luahan | 2 Comments

awal minggu yg cukup merunsingkan buatku..dengan partner lab aku buat hal..kelam kabut la buat eksperimen ari tu.. entah mengapa aku digandingkan dengan dia..satu kombinasi yg agak teruk..esok aku ada 2 test..satu belah pagi dan satu lagi di sebelah petang..arghh..mentalnya aku…byk juga nak kena studi ni.

lepas satu2 masalah datang..kisah lama yg aku cuba lupakan kembali menghantui hidup aku..satu benda yg aku cukup tidak suka..sudahlah luka ni belum sembuh lagi,dia datang nak merobek balik luka ni..cukup! renungkan kata2 di bawah

amy - tiada lagi

Sia-sia sudah, kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda
Sampai kapan lagi, kuharus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkin kan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai di sini

chorus
Tiada lagi yang kuharapkan
Tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersamamu
Biar kusimpan semua
Kenanganku bersamamu.
Sampai kapan lagi ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Jan
14th

sayangilah selagi ada

Files under diari kehidupan | 1 Comment

source from tentangcinta.com

Usia ayah menjangkau 70 tahun, namun tubuhnya masih kuat.

Dia mampu menunggang basikal ke kedai yang jauhnya lebih kurang 2 kilometer bagi
membeli keperluan harian. Sejak kematian ibu 6 tahun lalu, ayah bersendirian di kampung. Lantaran itu, kami adik-beradik -5 orang semuanya-
bergilir-gilir menjenguknya. Kami semua sudah berkeluarga, tinggal pula jauh dari kampung halaman di Teluk Intan. Sebagai anak lelaki sulung, saya
mengambil tanggungjawab yang lebih. Selain itu, kami adik-beradik sering menelefon ayah bertanya khabar dan sebagainya. Setiap kali saya
menjenguknya, setiap kali itulah isteri saya mempelawa dia tinggal bersama kami di Kuala Lumpur. (more…)

Jan
10th

cinta sebelum dan selepas

love

semua orang ingin dikasihi.mmg sudah lumrah manusia begitu.. mencari tempat berteduh di kala di rundum kesusahan,mengenal erti kasih sayang, dan sebagainya..pelbagai jawapan yg diberi oleh pasangan yg sedang hangat bercinta..cuba renungkan article berikut… (more…)

Jan
5th

weekend!!

Files under diari | Leave a Comment

pergh segar gila bdn lepas hiking kat bukit jambul..rasa nak buat tiap2 minggu.mmg mencabar..hari ni USM penuh ngan org coz syed muzaffar dtg ke USM.. Tp aku agak tidak berminat..almaklum kena dressing formal..benda yg paling aku tak suka sekali..sekarang ni, time2 free aku main Titan Quest..mmg masyuk gila..nasib baik aku dah tambah graphic card kat komputer old school ni..kalo tak,jgn harap nak main game yg bergraphic tinggi.huhuhuhuhu.. sejak aku singles ini,dah memacam benda aku buat untuk menghilangkan rasa kecewa ni..syukur alhamdulillah berkat ayat al-quran segala rasa kecewa hilang begitu sahaja..yg tinggal cuma kenangan bersama dia walaupun tidak pernah bersua muka.cinta jarak jauh katakan..mungkin baginya, dia perlukan seseorang yg dapat memberi belaian manja yg diingini. . buat masa skrang ni, ada seorang ni telah menambat hatiku ini..tp aku pendamkan dulu….kiranya aku ni secret admire si dia ni..aku dah lama kenal dia,just a friend right now..mmg jenis yg aku suka..jujur dan berterus terang..tp aku biarkan dulu hal ini.. bukan masanya untuk aku mencari pasangan,biarlah hidup aku ni stabil dulu barulah aku teruskan niat suci aku ini..cukup sudah aku coretkan untuk hari ini..salam


Free Music
Free Music


Free Music

Jan
3rd

life of a normal person.

Files under diari | Leave a Comment

sejak 2-3 hari ini,connection wireless kat usm nie agak sengal la jgak..tgh syok2 surfing n download movie, dia putus lak..kalo nak connect lik mesti lama gila..kalo dapat lik pun speed cam @#$!%..isk isk isk..kan bagus kalo ada lan..xdo risau pasal signal atau coverage..hari ini agak penat bagiku..kul 8.15 mlm td aku ada kelas ganti ZCT218 iaitu kaedah matematik..time nak pergi kuliah tu,punya la struggle aku tunggu bas..last2 bas tue terus parking rehat..punyalah hangin satu badan ni..lg sepuluh minit nak kuliah ni..last2 aku pun menapak la ke kuliah..nasib baik aku selalu berjalan ke kuliah.tak adalah penat sgt..apa2 pun malam ni aku kena tido awal sikit..esok ada kuliah kul 8..nak kena bgn awal berebut bas maklum la takda transport..cukup kot untuk malam ini..selamat malam..

Jan
1st

tahun baru!!!!

Files under diari | Leave a Comment

yeah!!!!tahun 2008 sudah menjengah hidup kita..2007 telah pergi meninggalkan kita dengan pelbagai suka dan duka…pukul 7 tadi aku dan seniorku pergi hiking kat bukit jambul..pergh mmg mencabar..baru 1/4 perjalanan aku dah semput.. first time aku hiking..saja nak celebrate hari lahir aku..aku dah bosan dengan membuat jamuan..bukan apa,lebih baik aku celebrate dengan cara yang lebih sihat seperti ini..dekat atas bukit,the view mmg besh..satu je perkataan yang aku boleh lafazkan.subhanallah..mmg indah kejadian yg engkau jadikan..apa2 pun akunya birthday aku tahun ini amat bermakna..akan  kukenang sampai bila2…terbitnya matahari pada pagi tahun baru,maka jangan sia2kan tahun yg baru ini..yg lepas biar lepas dan jadikan ia sebagai kenangan..selamat menyambut tahun baru…