monologku

Written on February 23, 2008 – 1:28 am | by abrar |

Malam ini diriku bersendirian.Merenung jauh ke dada langit.Jutaan bintang menghiasinya. Kepulan awan kecil berarak pergi mengensot perlahan-lahan.Sang cengkerik bersukaria di celah semak.Melagukan lagu rimba yag ceria bertemankan sinaran rembulan.sesekali sang nyamuk menghisap darahku tika ku asyik menikmati suasana.ku biarkan sahaja mereka berbuat demikian. Banyak perkara bersarang di kepalaku.ku tidak tahu di mana untuk memulakannya. Terasa binggung sekali kepalaku seperti selepas dihentak penukul.

Sudah lama ku berada di situ.Tubuh gempalku sudah sakit berlabuh di kerusi rotan yang usang di penjuru rumahku.Isteri dan anak-anakku tiada di rumah.mereka bercuti di kampung ibuku.Cuma diriku sahaja tinggal di sini.Banyak urusan belum selesai.Pening-pening.Deadline dah dekat,kerjaku masih lagi berbaki.Ya Allah berikanku kekuatan untuk menyiapkan kerjaku.Terasa lemah sekali diriku.Tiada daya upaya melainkan diri-Mu.Di hadapanku,mesin taip usang menemaniku. Sudah lama ia berkhidmat di sampingku.Sudah banyak jasanya kepadaku.ku tahu zaman sudah moden,sudah ada komputer yang memudah cara.Akan tetapi ku masih lagi menggunakan mesin taip usang ini.Banyak kenanganku bersamanya.Tap.Tap. Bunyinya mengimbau nostalgia.

Sejak tadi lagi,kertas yang di depanku kosong sahaja.Tiada ditaip.Sepi.Jelas kedengaran
titsan air di sink.Argh!Ilhamku tidak menjengah kotak mindaku.Kosong sahaja.Mataku merenung jauh dalam kegelapan malam.Jauh sekali.Kata-kata sahabatku bermain di fikiranku seperti pita rakaman yang diputarkan.

“Im,buat kerja tu biar ikhlas walaupun dalam keadaan terpaksa. Ikhlas itu datangnya dari paksaan.”Tegur sahabatku,faiz.

Kata-katanya membuatkanku berfikir.Ada benar katanya.Jika tidak dipaksa macam mana keikhlasan itu terbit dari diri kita.Kadang-kala kita dipaksa untuk membuat sesuatu tanpa persetujuan kita dan kita melakukannya dengan tidak ikhlas. Maka di sini kerja yang kita lakukan tidak mendapat sebarang pahala tapi hanya dapat penat sahaja.Dari sini aspek niat tidak dapat dipisahkan lagi.Niat atau nawaitu penentu segala amalan yang kita lakukan.Perasan atau tidak dalam kehidupan kita acapkali kita merungut akan rezeki kita.”Nak buat macam mana,secupak takkan jadi segantang” Mengapa perkara ini terjadi?Hatiku bermonolog.Di sini silap kita.kita selalu menyalahkan takdir.Pernahkah kita terfikir betulkah niat kita ketika kita berkerja?Apa niat kita pergi bekerja?Persoalan sahabatku bermain lagi di kotak fikiranku.Ada betulnya kata-kata sahabatku itu. Mungkin selama ini,ku tidak pernah memikirkan persoalan ini.Padanlah rezeki yang ku dapat tidak pernah berkat. Aku lupa bahawa segala apa yang aku lakukan jika diniatkan kerana Allah merupakan ibadah dan diberkati-Nya.Tiada gunanya kekayaan yang dikejar jika tiada keberkatan dari-Nya.

Tanpa ku sedari masa sudah lama berlalu.Sebentar lagi azan subuh akan berkumandang.Eloklah ku bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh.Kerjaku yang belum selesai ku biarkan di situ.Setiap sesuatu akan ada masanya.Akan ada masanya untukku menyiapkan kerjaku.Buat masa ini,biarlah ku pergi menyambut seruan Ilahi iaitu solat subuh.

Monologku berhenti di sini.Biarlah sang bayu membawa masalahku pergi dariku.

  1. 4 Responses to “monologku”

  2. By sis reen on Feb 23, 2008 | Reply

    salam`alayk~

    wa..ada gaya2 seorang penulis berpengalaman!
    akak kena menuntut ilmu menulis dpd abrar la camni =)

    :: bersedia mengajar, belajar & diajar ::

  3. By sis reen on Feb 23, 2008 | Reply

    keilkhlasan itu tidak dapat dinilai dgn mata hati kita yg bergelar manusia.. ikhlas itu ibarat semut hitam, di atas batu hitam, di dalam gua yg gelap, pada malam yg gelap, dilihat oleh seorang buta, yg memakai cermin mata hitam!

    sukar nak tentukan samada kita ni ikhlas ke x dalam menjalankan tugas2 khalifah di muka bumi ALLAH ni. berusahalah untuk mencapai tahap keikhlasan sebenar di sisi ALLAH. hanya kepadaNYA kita bergantung.

    semoga kita terus tetap di jalan ini, dik.

  4. By cuakteam on Feb 24, 2008 | Reply

    Terima kasih kak.Takdalah kak,saya belajar dr Faisal Tehrani..Karyanya mmg mendalam

  5. By deennasour on Feb 29, 2008 | Reply

    ya, ikhlas itu ibarat semut hitam kan?
    ikhlas….
    argh!!!
    sukarnya untuk mentafsir sendiri apa itu ikhlas.
    ikhlas adalah sesuatu yang kita buat dengan rela tanpa ada rasa sangsi dan curiga atas niat untuk melakukannya kerana kebaikan,pahala dan Allah~

Post a Comment

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image

Find entries :