monologku 2

Written on February 24, 2008 – 11:06 pm | by abrar |

Bayu pagi menjengah kamarku.Lembut dan menyamankan.Tenang sekali pagi ini.Setenang di jiwaku.Sang unggas sudah lama keluar mencari rezeki.Diriku masih di tikar sembahyang.Tidak mahu bangun rasanya menikmati suasana ini.Akhirnya ku gagahi untuk bangun dari situ kerana mentari sudah lama bersinar. Sebentar lagi ku perlu pergi ke tempat itu.Tempat di mana ku melepaskan rinduku selama ini.sebelum itu,perutku perlu diisi dahulu.Biar mendapat sedikit kekuatan untuk memulakan hari baru.

Tempat yang dituju tidak jauh dari rumahku.Cuma perlu berjalan kaki sahaja.Sesudah menjamah beberapa keping roti bakar,ku teruskan rutinku yang ku lakukan setiap pagi.Dari jauh,suasana di tempat itu seperti semalam.Sepi.Tiada seorang pun manusia di situ.Deretan batu nisan putih setia berdiri di situ.Lama sudah mereka di situ menyaksikan pelbagai sketsa pengakhiran makhluk bernama manusia.Diriku tidak terkecuali.5 bulan dahulu kaki ini pertama kali menyapa taman barzah ini.Selama ini diriku begitu jauh sekali untuk hadir ke sini kerana perasaan takut mencengkam jiwa ini.

Ku usap batu nisan di perdu pokok melur.Dari hujung ke pangkal.Rumpai yang meliar telah lamaku kucabut.Di sebelah persemadian bapaku tanahnya masih lagi merah lagi.Mungkin baru digali semalam.kuterasa begitu singkat sekali hidup manusia ini.Kadang-kala diri ini pelik dengan sikap manusia yang alpha kepada-Nya.Tidakkah mereka mengetahui yang dunia ini hanya persinggahan semata-mata?Apa gunanya diletakkan akal jika tidak digunakan?Tidakkah mereka sedar ajal boleh datang bila-bila masa.Tidak semestinya yang tua pergi dahulu sedangkan bayi yang baru ditiupkan roh sudah diragut oleh Izrail.Ku bersyukur masih kesempatan mencapai sinar yang telah lama hilang dariku.

Pemergian bapaku banyak merubah diriku.Ku akui selama ku bernafas tidak pernah diri ini patuh kepada-Mu.segala yang Engkau tegah ku buat.Tidak pernah timbul sekumit rasa berdosa di hati ini tetapi yang ada cuma riak melakukan dosa.Lorong gelap yang ku susuri selama ini kini bersinar kembali.Ayah,maafkan anakmu yang berdosa ini.Tiada apa dapatku lakukan melainkan ku sedekahkan Al-Fatihah buatmu.Ku harapkan dengan sedikit amalan dari diri ini dapat meringankan bebanmu di sana. Ku tahu apabila terpisahnya roh dari jasad anak adam maka terputuslah segala amalannya melainkan ilmu yang dimanfaatkan,amal jariah yang berkekalan,dan doa anak soleh.Hanya ini sahaja amalku buatmu ayah.Ya Allah,Kau kurangkanlah azab seksa kubur ke atasnya.Dirinya sudah banyak menanggung seksa keranaku ya Allah.Kau tempatkanlah dia di sisi orang yang dikasihi-Mu.Tanpa ku sedari butiran jernih keinsafan membasahi pipiku.Ku biarkan sahaja ia mengalir.

Lama sudah ku di situ,sudah sampai masanya untuk diri ini beredar.Selamat tinggal ayahku, esok anakmu ini akan datang lagi melawatmu.semoga dirimu bersemadi dengan aman.Perlahan-lahan ku melangkah pergi dari situ.Perasaan sayu mula menggamit tika diri ini melangkah pergi.Deretan batu nisan putih akan sekali lagi menemanku esok pagi.Mungkin esok diri ini akan disemadikan di sini, tiada siapa yang tahu melainkan-Nya.

  1. 4 Responses to “monologku 2”

  2. By sis reen on Feb 24, 2008 | Reply

    salam`alayk~

    yup. 3 amalan yg xkan terputus bila kita berada di ’sana’ kelak… alhamdulillah, entry kali ini byk memberi kesan. teruskan berusaha dik! =)

  3. By cuakteam on Feb 24, 2008 | Reply

    Terima kasih kak,buku Tuhan manusia tu ada kat MPH bookstore.

  4. By fairuz on Feb 25, 2008 | Reply

    salam abrar..waaa..berbakat besar hang ni…bleh jadi penulis cam kak neza. huhu..ni kalo kak neza baca ni, mesti tersenyum sampai ke telinga ni. teruskan menulis..kak erina support sukmo tu..salam.

  5. By cuakteam on Feb 26, 2008 | Reply

    Wa’salam..Terima kasih Fairuz.

Post a Comment

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image

Find entries :