monologku diteruskan
Hari ini,ku berada di rumah.Segala urusan telah ku selesaikan.Ku bersyukur diberikan masa untuk menyelesaikannya.Karyaku yang dipinta sudah dihantar.Lega rasanya dada ini,secerah hari ini.Anakku belum lagi ke sekolah.masih awal lagi.Anakku yang kedua, Najmi sibuk membelek helaian akhbar di meja.Apa yang dicarinya tidakku ketahui.Mungkin mencari ruangan sukan.Tidak sah harinya tidak disantapkan dengan berita sukan.Diriku pula berbeza dengan anak-anakku,lebih gemarkan santapan minda berbentuk kehidupan manusia.
Pantas sunguh masa berlalu,tanpaku sedari aku sudah menjadi ayah kepada 2 orang anakku.Kini tanggungjawab mendidik mereka sudah menjadi tanggungjawabku.Siapa lagi yang mahu mencorakkan mereka jika bukan diriku,ibu bapa mereka.Lahirnya mereka ke dunia ini suci tanpa dosa.Mereka umpama kanvas dan diri ini adalah artisannya.Cantik atau buruknya kanvas itu di tanganku.Kadang-kala diri ini pelik dengan fahaman dosa warisan daripada salah satu agama.Mereka menyatakan setiap manusia yang lahir ke dunia adalah berdosa.Dosanya diwariskan oleh Adam dan Hawa yang ingkar ketika di Syurga Allah.Jika difikirkan secara logik akal,jika kita melakukan kesalahan,adakah orang lain yang dihukum?Sememangnya fahaman itu lari dari kewarasan akal.
Hati ini seringkali hancur ketika menatap realiti masyarakatku.Maksiat sudah menjadi kebiasaan mereka.Kemungkaran sudah sebati dengan darah daging mereka.Masakan tidak,dari kecil lagi sudah disuapkan hasil haram.Setiap darah daging yang tumbuh dari hasil yang haram akan dimamah api neraka.Tidakkah mereka terfikir azab Allah yang Maha menyakitkan?Kepiluan di hati makin ditambah tatkala menatap kisah sedih benih cinta terlarang ditemui tidak bernyawa bukan tempatnya.Tempat yang begitu hina sekali.Mereka tidak bersalah wahai sahabatku.Kalian campakkan sifat kemanusiaan kalian di mana?Di lembah hawa nafsu serakah yang hanya sementara?
Cinta terlarang sudah menjadi trend masyarakatku.Berkepit sana-sini,bersentuhan dengan bukan muhrim, dan bercengkerama di tempat sunyi.Mengapa perlu disandarkan hawa nafsu?kan lebih enak mencintai pada yang Esa?Teladanilah kisah Rabi’ah binti Ismail Al Adawiyah yang sepanjang hayatnya mengharapkan cinta kepada Allah.Ku tertarik dengan satu luahannya yang berbunyi:
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
Sememangnya dalamnya cinta Rabi’ah kepada Rabbul Jalil.Ku akui diri ini tidak bisa mencapai tahap cinta itu,ya Allah!Berikanku kekuatan untuk mencintai-Mu,Ya Allah.Cinta manusia hanya sementara,cinta kepada pencipta kekal abadi dan tidak akan luntur.Ku lihat jam di dinding sudah pukul 10 pagi.ku tinggalkan dahulu monolog ini di sini.Santapan minda sudahku jamah biarlah ku isikan rohaniku dengan solat dhuha yang penuh pengisiannya.Kerusi rotan di penjuru rumah kutinggalkan diam di situ.



One Response to “monologku diteruskan”
By abrar on Mar 4, 2008 | Reply
salam..lupa untuk meletakkan kredit di artikel di atas. Kisah Rabi’ah di atas diambil dari entri komentar di saifulislam.com yang berkaitan sepinggan dosa berulam pahala.