Buatmu sahabat

Written on February 29, 2008 – 12:07 pm | by abrar |

Di luar masih lagi renyai hujannya.Seperti meratap hal semalam.Hal yang tidak akan datang kembali.Sudah ditakdirkan setiap yang bermula pasti ada noktahnya.Sama ada cepat atau lambat.Sudah ketetapan-Nya.Bau kelembapan udara jelas memenuhi ruangan kamarku.Tempoh hari,sedang asyikku bergembira dengan anakku,Najmi di ruang tamu,satu pesanan ringkas menjengah masuk telefon bimbitku.

“Salam sahabatku.Salah seorang sahabat kita mengalami kedukaan di saat ini.Ibu bapanya telibat dalam kemalangan.Bapanya sudah “tiada” dan ibunya masih belum sedarkan diri.Bersama-samalah kita memberinya sokongan kepadanya dalam menghadapi kedukaan ini.Kita tidak mampu untuk mengganti yang hilang,tapi kita boleh kongsi saat kedukaan bersamanya.Al-fatihah.-Lillah”

Gelak tawa sebentar tadi sepi.Ku tergamam membaca pesanan ringkas itu.Diri ini tidak dapat meluahkan apa-apa.Diam seribu bahasa.Anakku pelik dengan tingkah-lakuku.
“Ayah,mengapa diam je?Ada apa-apa berlaku ke?”Si anak kecil bertanya.
“Maafkan ayah anakku,ayah terkejut membaca mesej yang baru sampai ni.Sahabat ayah,Ana baru ditimpa kedukaan.Ibu bapanya terlibat dalam kemalangan.Najmi,pergi dekat ibu.Ibu ada di dapur.Ayah ingin bersendirian.”
“Baiklah ayah.”

Si anak kecil pergi mendapatkan ibunya di dapur.Ya Allah begitu besar dugaan yang Engkau berikan kepadanya.Kau berikanlah sahabatku itu kekuatan menghadapi dugaan-Mu.ku tahu diri-Mu tidak akan memberi dugaan yang tidak mampu ditanggung oleh hambamu.Diriku terasa begitu lemah sekali.Ku rebahkan badanku di kerusi rotan di penjuru rumah.sudah lama ia menjadi pendengar setia monologku.Perasaan sebak mula mengetuk hatiku.Mana tidaknya diri ini sudah merasai hilangnya orang yang dikasihi.Bapaku pergi menyambut panggilan-Nya lima bulan dahulu.Kita senasib Lia.

Perasaan sebak kian laju menusuk jiwa.Genangan air mata sudah tidak dapatku bendung lagi.Ku biarkan sahaja ia mengalir membasahi pipiku.Lama sudah diriku menangis saat itu.Perasaan sebak sudah reda.Ku lemparkan pandangan ke luar rumah.Di seberang jalan,kelihatan seorang nenek tua sedang duduk termenung di lamannya.Duduk termenung seorang diri di situ.Kesepian.Jelas terpampang di mukanya.Pernahku bertanya khabar kepadanya tapi tidak disambut mesra.Diam seribu bahasa.Mungkin sukar baginya untuk meluahkan kesepiaannya kepada orang yang tidak dikenali.Jiranku memberitahuku bahawa nenek tua itu sudah lama bersendirian.Anak-anaknya sudah “membuangnya”.

Pada mulanya diriku terkejut dengan jawapan jiranku.Setelah berfikir sejenak,akal ini waras kembali.Perkara ini tidak hanya berlaku kepada kepada nenek tua itu sahaja bahkan masyarakat kita.Hati ini kembali sedih mengenangkan ibubapa yang “dihantar” ke rumah orang-orag tua oleh anaknya sendiri.Ibubapa mampu menjaga 11 orangnya,akan tetapi 11 orang anaknya tidak mampu menjaga mereka.Ya Allah,ku memohon kepadamu agar diri ini terhindar dari keburukan ini.Janganlah Engkau biarkan anakku berbuat sedemikian terhadapku.JadikanLah anakku orang yang dapat membahagiakanku di dunia dan di akhirat.Ya Rahman,ya Rahim,Engkau himpunkanlah kami sekeluarga di syurgamu yang penuh kenikmatan.Amin.Ya Rabbi’allamin.

Ku sedekahkan bacaan yassin ini buat keluargamu Lia.semoga roh bapamu ditempatkan dalam kalangan orang yang dikasihi-Nya.

  1. 7 Responses to “Buatmu sahabat”

  2. By deennasour on Feb 29, 2008 | Reply

    tiap yang datang, pastikan pergi,
    tiap yang bahagia, pasti kan dirundung duka,
    tiap makhluk wajib meminta ehsan pada Penciptanya..al-fatihah

  3. By abrar on Feb 29, 2008 | Reply

    Terima kasih deen..watak ayah di dalam adalah rekaan semata-mata.kisah yang cuba disampaikan adalah benar

  4. By fairuz on Feb 29, 2008 | Reply

    al-fatihah buat lia skeluarga.

  5. By Dinzz on Mar 1, 2008 | Reply

    Aduh aku memng tak boleh nak baca kisah2 camni. rasa sebak lak.

  6. By abrar on Mar 1, 2008 | Reply

    Apa yang berlaku kepada Lia adalah betul.Bapa tirinya meninggal di dalam kemalangan.Maknya pula tidak sedarkan diri lagi buat masa sekarang..

  7. By Anysz on Mar 1, 2008 | Reply

    nape sedeyh sangat~~
    nak nanges haku..
    huhuhu~~

    al-fatihah kat bapak lia tuh..
    sesamela kiter doa moge2 mak dia kembali pulih..

  8. By abrar on Mar 2, 2008 | Reply

    kekadang perlu ada kesedihan tika kita bergembira.kesedihan menginsafkan kita.tidak semestinya sedih itu lemah tapi ia adalah kekuatan.

Post a Comment

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image

Find entries :