Mar
28th

monologku lagu alam

Files under luahan | 6 Comments

Sedang asyikku menikmati keindahan alam di luar rumah,Najmi menghampiriku.

“Ayah buat apa kat luar ni?”

“Ayah saja nak duduk berehat kat luar ni.sesak nafas duduk kat dalam rumah.”

“Erm..Mie selalu tengok ayah duduk termenung je kat sini.Ayah tak boring ke?”

“Tak adalah mie.Ayah suka duduk kat sini.Aman dan amat menyegarkan.Cuba mie duduk sini.Apa mie dengar?”

“Erm..bunyi burung,air terjun, dan memacam lagi.mengapa ayah tanya mie soalan ni?”

“Adalah..rasa best tak duduk kat sini?”

“Best..Mie rasa tak tension.rasa nak duduk lama kat sini.Mengapa ya?”

“Mie suka dengar lagu nasyid kan?”

“Ha’ah.Mie suka sangat.Tambah lagi kalau dari kumpulan Firdaus”

“Macam tu juga alam ini.Alam ini ada lagunya.Bezanya kita tidak memahaminya.Setiap bunyi alam yang kita dengar itu adalah zikir kepada Allah.”

“Zikir?Macam mana tu ayah?Mie tak fahamlah.Cuba ayah terangkan.”

“Begini Mie.Lepas solat,kita rasa tenang atau tension?”

“Erm..rasa macam tak ada masalah.tak tension.”

“Begitulah alam ini.Setiap benda di alam ini berzikir kepada Allah.Bunyi alam yang kita dengar ini adalah lagu kepada roh kita.Roh kita ini suka kepada zikir.Itulah alasannya kita rasa tenang bila kita duduk di sini.Samalah macam kita lepas solat.Lepas solat kita wirid dan zikir kepada-Nya.Habis wirid,Kita rasa tenang je.Sambil itu dengan melihat alam, kita lebih dekat Allah.Bila kita nak buat salah atau dosa,kita renung sekeliling.Ada batu.Batu tu sedang berzikir.Nak ke kita buat dosa depan dia? Samalah macam orang tengah dengar ceramah,tiba-tiba ada orang nak kencing kat situ.Malu tak orang yang nak kencing tu? “

“Oo..begitu rupanya.Baru mie faham.”

Mar
25th

Apabila Rasulullah datang menjengah ke chalet

Files under islamic | 5 Comments

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul mengetuk pintu chalet kita..
Kita menyelak dari tingkap,
semestinya kita akan sangat berbahagia
kerana orang yang paling mulia di sisi Allah sudi menjenguk kita.

Tapi..
Barangkali kita terpaksa lari dahulu,
Memandangkan pakaian kita yang tidak senonoh waktu tu,
al-maklumlah, dalam chalet je..
(padahal sesama jantina pun ada batas aurat)

Kemudian,bila kita dah buka pintu
Apa yang akan kita lakukan?
Memeluk baginda dan mempersilakan baginda masuk ke dalam?
memuliakan tetamu katakan~

Kemudian kita tetunya akan memberi harapan agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di chalet kita.

Tapi, sekali lagi tapi..
barangkali kita meminta Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu;

Kerana teringat bilik yang bersepah,
sedangkan Islam itu mementingkan kebersihan.
Atau barangkali teringat poster-poster selebriti seksi menggoda yang menghiasi dinding bilik kita,
tentunya kita sibuk mencari poster-poster Asma Ul Husna atau nama-nama Nabi untuk menutup poster-poster tersebut.

Tidak pun, kita mahu setkan kejap laptop yang penuh dengan programmes lagha,
Eh, mungkin lebih teruk lagi, terpaksa kita delete movies 18sx yang baru sahaja di download siang tadi.
Plannya mahu tonton malam ini, selepas berjam-jam mendownload dek internet connection yang agak lembap sekarang ini.

Bagaimana pula bila kemudian Rasulullah menginap di chalet kita?

Masa ni lah teringat kita dan chaletmates yang lebih hapal lagu-lagu barat daripada selawat kepada baginda.
Masa ni lah baru nak rasa malu bila kita dan chaletmates cetek sangat pengetahuan pasal sirah perjuangan Rasulullah.
Malu tak terhingga lagi, bila baru sedar yang kita dan chaletmates tidak mengetahui satu nama pun daripada keluarga Baginda,
tapi, kalau sebut peserta OIAM dan AF, sehingga ke datuk-datuk mereka pun kita tau.

Belum lagi koleksi novel-novel jewang ataupun buku tak berpekdah yang kita ada,
Belum lagi koleksi CD, VCD, DVD dan D-D yang lain.
Belum lagi koleksi pakaian-pakaian fit yang kita ada.

Ke mana nak kita sorokkan koleksi-koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?

Barulah saat ini kita nak keluarkan Al-Quran yang dah pun berhabuk atas locker tu.

Kemudian, bila sembang-sembang dengan Rasulullah,

Barangkali kita berasa ‘pelik’ sedikit kerana terpaksa merendahkan suara
kerana dah terbiasa memekik-mekik dengan chaletmates.

Barangkali kita menjadi malu bila Rasulullah bertanyakan siapa presiden MUSCOM,
tersasul-sasul kita, kerana tak kenal sangat.
Lainlah kalau siapa yang ‘hot’ ke..hensem ke…

Semakin malu kerana tak dapat nak ceritakan kesungguhan dakwah menegakkan agama.
Tak pernah buat pun rasanya..

Bila Rasulullah dah lama sikit lepak-lepak dengan kita,

Barangkali kita menjadi segan kerana dah lama tak ke surau,
kali terakhir masa induction week kot.
Barangkali kita semakin segan kerana tidak pernah mengerjakan solat sunat.
Apalagi nak melaksanakan sunnah-sunnah baginda..
Tahajjud? Oh, jauh sekali..

BAYANGKANLAH..
Bayangkan Rasulullah ingin menjenguk kita..
Apa yang akan kita lakukan?
Masihkah kita akan memeluk Baginda
dan sanggupkah kita menjemputnya masuk dalam keadaan kita sebegini?

Ataukah..adakah akhirnya dengan berat hati kita akan menolak kunjungan bagida,
kerana hanya akan membuat kita malu dan segan yang teramat..

Maafkan kami Ya Rasulullah..

Mar
24th

monologku - diari

Files under luahan | 2 Comments

Hari ini agak buntu buatku.Tiada apa dapatku lakukan hari ini.Lemah dan tidak bermaya.satu pekerjaan pun tidakku selesaikan.Hanya berhenti dipertengahan jalan.Hanya jalan mati.Najmi dan isteriku tiada di rumah.Mereka keluar ke rumah kenduri.Diriku tidak pergi kerana tidak sihat.Entah mengapa badanku tidak berapa sihat.Mungkin perubahan cuaca agaknya.

Diriku hanya duduk termenung di sofa.Sudah sejam begitu.Terasa begitu lambat sekali masa mengensot pergi seperti mahu menyeksaku dengan kebosanan.Hari ini,pintu fikiran tertutup rapat sekali.ilham langsung tidak datang melawat bertegur sapa.Hanya lalu-lalang di sekitar.Memang benar kata orang tua.Hidup ini tidak selalunya indah.Ada pasang dan surutnya. kadang-kala kita ketawa girang bersama rakan dan ada kalanya hati kecil ini terluka dengan pelbagai kerenah manusia.

Tergerak hatiku untuk menyelak diariku di dalam laci.Agak berdebu keadaannya.Maklumlah sudah lama tidakku sentuhnya.Rasanya sudah dua bulan diriku tidak mencoret isi hatiku di dalamnya.Isi hatiku hanya tercoret di dalam karya.Karya yang hanya dianggap sebagai pengisi masa lapang buat pembacaku.Diriku terus membelek helaian dairiku.

2 januari 2004

Diari,hari ini diriku amat bahagia sekali.Insan yang ditunggu sudah keluar menjengah melihat dunia dari rahim ibunya.Ibubapa mana yang tidak gembira menyambut kelahiran anaknya.Anak yang lahir merupakan rezeki kepada ibubapa.Setelah di azankan dan iqamahkan,anak yang baru lahir itu diberi nama Muhammad Najmi yang bermaksud bintang yang terpuji.Isteriku yang memberikan nama tersebut.katanya biarlah dia menjadi bintang yang menerangi hidup kami dengan kehadirannya.biarlah menjadi cahaya yang membahagiakan orang yang di sampingnya.

Setiap yang dijadikan ada hikmahnya.cepat atau lambat sahaja bezanya untuk kita menyedarinya.Begitulah juga sesuatu perlakuan kita.Minggu lepas,hari itu datang lagi menjengah ke dalam hidup kita.Hari di mana dunia ini disimbah cahaya harapan dan rahmat.Seluruh alam sujud kesyukuran kepada-Nya.Khabar gembira Sudah tersebar ke pelusok alam.Semua ciptaan-Nya bergembira.Insan yang ditunggu-tunggu sudah tiba.Tiba untuk memacu dunia ke arah lebih baik.Tiada jahil dan kebutaan.Dialah kekasih-Mu yang mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W.Utusan yang terakhir yang diutuskan oleh-Mu.

Surau di tamanku membuat majlis sambutan Maulidur Rasul.Sederhana sahaja sambutannya.Mungkin ada insan yang menyatakan sambutan ini adalah bidaah.Sesuatu yang tidak dibuat semasa zaman Rasulullah.Kalian cubalah fikirkan sedikit jika tidak dibuat sambutannya,adakah anak-anak kita sekarang ini akan kenal kepada rasulullah? Janganlah kalian begitu sempitkan fikiran kalian tentang sesuatu perkara.Islam itu mudah dan fleksibel.Tindakan kalian menyukarkan lagi proses yang dijalankan oleh kalian sendiri.Ini akan menambahkan lagi kesulitan kepada saudara baru kita yang baru mengenal Islam.Kalian renung-renunglah.Teliti dahulu sebelum bantah.

Deruman enjin kereta sudah kedengaran di luar pintu.Mungkin najmi dan isteriku sudah pulang.Eloklah diriku pergi menyambut mereka.Selamat tinggal diariku.

Mar
21st

Riangnya di hati..

Files under merapu | 5 Comments

Hari ini.tengah duduk layan blog saudara deennasour.Saya kena tag..Tag yang agak sukar sekali..Apa-apa pun kena la jawab.

Anda perlu jawab soalan-soalan sambil mendengar lagu dengan senarai lagu yang anda suka secara rawak. Dan untuk menambah lagi kemenarikan tag ni, jawapan mestilah berdasarkan lagu yang anda dengar tu - untuk soalan baru tekan “SETERUSNYA” di player lagu anda dan jawab soalan berdasarkan lagu tu. [diambik dari soalan tag blog mister Izzudin]

Ni jawapan dariku..harap dapat puaskan hatimu Deen. (more…)

Mar
20th

tetamu tanpa diundang

Files under diari | 4 Comments

Semalam diriku seperti bukan diriku yg selalu.Tiada raut senyuman di bibirku.Cuma masam mencuka.Terasa kosong sangat jiwaku hari ni.Seperti ada sesuatu yg hilang dari diriku.Tanpa dikesan.Hilang tanpa jejak.Diriku kini melayan perasaan.Perasaan kian bergelora.Singgahsana hati hampir tergugat.Hampir tidak menyembah ke bumi kecewa.kesepian ini membunuh senyumanku.Gelak-tawa sudah merajuk.Merajuk kerna diriku gagal menyelamatkan senyum,teman mereka.Sekarang ni jasad ini cuma sekadar tin kosong tanpa biskutnya.Hanya angin sahaja menjadi isinya.Isi yang tidak akan siapapun yang mahu.Ditinggalkan sepi di atas almari tanpa terusik.Hanya menanti debu-debu hampa menyapanya.

maaf ya sahabatku,saya agak moody semalam

Mar
19th

monologku - anak palestin

Files under luahan | 3 Comments

Tap.tap.Jari-jemariku terus menaip di mesin taip usangku.Ilham yang datang perlu segera ditafsir dan diluahkan secepat mungkin.Ia datang bagaikan angin yang lalu sebentar di suatu tempat.Perginya terasa.Sebentar tadi sahabatku Suhaimi sekali lagi menghantar artikel buatku.Katanya perlu diolah secepat mungkin.Lama juga diriku merenung artikel yang diberinya.Agak buntu mencari olahan yang sesuai.sejak akhir-akhir ini,diriku banyak merenung jauh.Banyak sangat difikirkan.Berserabut dan bersawang.Artikel tadi terus direnung.

Sajak Anak Palestin

Ayah!
kata mereka kau penjahat
padahal engkau bukan penjahat,
Ayah!
Mengapa mereka jauhkan aku darimu ,
Mereka menangkapmu tanpa memberi kesampatan untuk menciumku
atau mengusapkan air mata ibu,

Ibu!
Aku melihat air mata di kelopak matamu setiap pagi,
Apakah palestina tidak berhak diberi pengorbanan?
setiap hari aku bertanya kepada matahari,
Ibu,apakah ayah akan kembali pada suatu hari?
ataukah dia akan pergi selamanya sampai hari Kiamat,
atau dia akan mengusap air mata ibu yang terus menitis setiap hari?

Wahai ayah,di manakah engkau?
Ooh..bayi-bayi yang dijajah,
kini telah datang hari raya baru setelah hari raya tahun lalu,
dan bayi baru pun terlahir sesudah bayi yang itu,
dan para Syuhada berguguran setelah gugurnya syahid yang lalu,
sedang ayah masih disembunyikan di seblik jeriji besi,
dalam sel yang tidak layak dihuni manusia

Mana hari kemenangan dan kehancuran penjara-penjara besi itu?
Aku ingin ayah kembali.

Tika diriku membacanya,butiran jernih gugur dari wajahku.Hiba sekali rasanya.Seorang anak kecil rindukan kepada bapanya.Seorang isteri yang terus setia menanti kepulangan suaminya.Mereka terus berharap agar insan yang disayangi pulang.Tidak pernah luntur.Harapan berderai tatkala insan yang ditunggu sudah tiada.Pergi buat selamanya.Hanya sebujur tubuh tanpa bernyawa.Diam tanpa berbicara.Raungan memecah suasana tatkala tubuh itu dibawa pergi.

Fikiranku kini mula sarat dengan pendapat.Pendapat yang tiada pendengarnya.Hanya diriku yang mendengarnya.Sedang asyik pemimpin-pemimpin Islam membuat kata sepakat di meja bulat,sudah berapa ramai nyawa rakyat palestin terkorban.Cukuplah rundingan itu wahai ketuaku.Si Israel laknat itu bukannya boleh dibawa berbincang.Bukankah sudah disebut bahawa si Israel akan memungkiri janjinya jika ada pihak membuat perjanjian.Mengapa perlu ada rundingan?Yang cuma membuang masa?Rakyat palestin sudah jelik dengan rundingan itu wahai sahabatku.Mereka hanya perlu doa dari kita.Berdoa agar pejuangan mereka berjaya menghalau si Israel dari tanah palestin.Mereka tidak meminta-minta bantuan orang lain untuk berjuang bersama mereka.Cukup sekadar iringan doa.

Diriku tersentuh ketika melihat seorang ibu sedang memecahkan batu dengan penukul di jalanan.Kemudian melontarnya kepada askar-askar Israel di jalanan.Lontaran diiringi dengan dendam kematian anaknya.Peluru Israel menebusi badan anak kecilnya tatkala anaknya bermain di tepi tembok kebencian.Apa dosanya sehingga ditembak mati?Si ibu meratapi kematian anaknya.Badannya penuh dengan kesan peluru seperti papan yang dimamah anai-anai.Mukanya sudah berubah sifat.Sungguh menyayat hati kecil ini.

Mereka di palestin syahid di hujung senjata akan tetapi kita di sini sudah lama mati dalam kekufuran.Hati kita sudah lama mati.Mati dimamah ideologi-ideologi barat.Gugur satu-persatu seperti dedaun yang dimamah ulat.Gugur tanpa sebarang makna.Sekadar menyubur usaha si kafir laknat.Hendonisme,sekularisme,kapitalisme dan sebagainya sudah lama bersarang di hati kita.Sudah menjadi tuan kepada diri kita.Logik akal dan iman sudah lama dihalau.Yang tinggal cuma nafsu menjadi teman.Dipandunya ke lembah kemusnahan.Negara maju tapi yang mundurnya iman dan akhlak.

Jari-jemariku berhenti menaip.Tafsiran yang dipinta sudah disiapkan.Ringkas sahaja kali ini.Ilham yang datang tadi tidak sempat untuk ku luahkan.Tafsiran tadi ku simpan di dalam fail peribadiku.Esok sahaja ku serahkan kepada Suhaimi.Cukup untuk tazkirah semasa usrah nanti.Mesin taipku ku biarkan diam di situ.

Mar
18th

jom baca - mencari atau menjadi

Files under islamic | Leave a Comment

credit to tentangcinta.com

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah. (more…)

Mar
14th

monologku - surau

Files under luahan | 4 Comments

Hari ini,diriku berada di luar atas urusan kerja.Editorku mahu berjumpa dengan denganku.Mungkin mengenai karyaku.Sebelum sampai di tempat yang ditujui,perasaan was-was mula hadir.was-was tentang perkara yang akan berlaku.Ah!Pergi kau dari sini.ku tidak mahu engkau di sini.Perosak segala urusan.Nyah engkau dari sini!Tempik hati kecilku.Di kedai Santapan Nurani,ramai sungguh kelibat manusia di sini.Pelbagai susur lapis ada di sini.Yang berkolar putih dan manusia biasa bebas menjamah makanan.

Diriku terus mencari di mana gerangannya sahabatku.Melihat keadaanku yang agak termangu-mangu mencarinya,sahabatku memanggilku.

“Im,kat sini.”

“Oh.Kat situ rupanya.Mengapa pilih tempat ceruk ni?”

“Biasalah rahsia sulit.hehehe.Meh duduk dekat sini.Hari ni saya belanja.”

“Langkah kanan betul saya hari ni.Ada orang nak belanja.Ni ada apa-apa ke?”

“kot ya pun duduk la dulu.Tak sabar langsung.”

“Ok.Ok.Terlupa.Hehehehe.”

Sambil menikmati makanan yang dipesan,perbincangan rancak diperkatakan.Pelbagai isu diperkatakan.Rata-ratanya berkaitan dengan karyaku.Ada pihak tidak senang dengan karyaku.Ku akui karya yang ditulis agak berat untuk dihadam oleh masyarakat.Ada pihak pula melabelkanku sebagai ekstremis.Karyaku bagi mereka adalah seperti duri dalam daging.Mencucuk secara diam.Buntu sekali rasanya kepala ini.Mengapa begitu sempit sekali pemikiran mereka?Usah dipandang pandanganku,renungkan ilmu yang cuba ku sampaikan.Diriku hanya pencetus bukan pengubah.Karyaku cuma seperti melontar batu kecil ke dalam kolam.Riaknya tidakku nampak,hanya si pemerhati sahaja yang nampak.

“Wan,saya hendak solat sebentar ya.Tadi kelam-kabut sikit.Maklumlah banyak benda yang bersarang di dalam kepala ni.Nak membersihnya mengambil masa sedikit.”

“Oh.Tak mengapa.silakan.Panggilan-Nya lebih utama.”

“Ok.”

setelah meminta izin,terus diri ini mencari di mana letaknya surau.Akhirnya setelah penat berpusing-pusing di dalam pusat membeli belah yang agak luas kawasannya,suraunya ketemu juga.Agak tersorok lokasinya.Terletak di tingkat bawah berhampiran dengan kawasan meletak kenderaan.Keadaannya tidak terjaga.Pintunya hampir tercabut.Tempat wuduknya di luar.Ya Allah,teruk sekali mereka memperlakukan sedemikian ke atas rumahmu.Ku beranikan diri untuk masuk ke dalam.Lembap.Seperti tidak digunakan.Barang kelengkapan surau berterabur.Tidak terurus.Melihat keadaan surau sedemikian,terus diri ini mengemasnya.Sakit mata melihatnya.Diri ini pantang melihat benda yang bersepah.Selepas mengemas,baru lega sikit hati ini hendak besolat.

Hatiku kembali panas ketika hendak mengambil wuduk.Ada kondom di situ.Ya Allah,kesucian rumahMu tercalar dengan sikap rakus ciptaan-Mu.Setelah menunaikan solat,dengan segera terus meninggalkan surau tersebut.Bukan apa,geram dengan sikap manusia. (more…)