Mar 02 2008
Mangkuk antik
matahari sudah lama terpacak di dada langit.Cahayanya tidak terik dibendung awan yang berarak perlahan.Mungkin si hujan akan menyusul petang ini.Seperti biasa diri ini duduk berkarya bersama sahabat baikku,mesin taip yang usang.Tidak jemu diri ini menggunakannya. kadang-kala diri ini berbual dengannya seperti manusia yang bernyawa.Tap.Tap.Jariku berdansa bersamanya.Ilhamku menjadi iramanya manakala jari-jemariku si penarinya.Begitu asyik sekali hari ini.Ilham tidak jemu melawat mindaku.setelah sekian lama menaip,ku berehat sebentar melepaskan penat.Ku labuhkan pandanganku ke satu sudut rumahku.Di situlah sebuah mangkuk antik diam selama ini menghiasi ruangan itu.
Tatkala melihat mangkuk antik itu,ku teringat satu kisah yang dikirimkan oleh sahabatku,Suhaimi malam tadi.Kisah yang berkaitan dengan mangkuk cantik dan sehelai rambut. Bagiku memang menarik kisah yang disampaikan.Ku tertarik dengan pandangan yang disampaikan oleh Malaikat Jibril AS:
“Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkn diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Kata-kata ini mula membuatkan sel-sel sarafku berkerja menghadam input yang diterima. Diriku pelik dengan manusia yang mengaku dirinya sebagai penegak agama walhal dirinya bertelagah dengan manusia lain.Pertelagahan yang dicetusnya perkara remeh.Perkara yang boleh diselesaikan dengan akal yang diberi.Bagiku manusia sedemikian kaya dengan ilmu tetapi miskin dengan pengalaman.Bukan inginku pukul rata semua orang berilmu dengan pandanganku,cuma ku tujukan kepada pihak segelintir.Ilmunya cukup sempurna akan tetapi amalnya tiada.Samalah seperti pohon tidak berbuah.Diberi baja,disiram secukupnya tapi sayangnya tidak berbuah.Masalah inilah yang mencorak lagi dunia ke kancah kemunduran.Ku akui diri ini cuma pemikir sambilan di kala merenung jauh.Jauh dari manusia.
Manusia sememangnya makhluk lemah berbanding dengan kaum lain yang dicipta-Nya.Mereka merungut,menyumpah,buntu ketika dilanda masalah.Seringkali menyalahkan perkara lain terhadap musibah mereka hadapi.Ku tujukan luahan ini buat penegak agama sekalian.Jangan ada fahaman jongkang-jongkit di dalam diri.Jangan salahkan sesuatu isu atas keburukan yang menimpa.Jangan jadikan alasan perjuangan sebagai alasan kita gagal dalam aspek lain.Ia sepatutnya bergerak seiring dan satu arah.Barulah perjuangan diredhai-Nya.Jika tidak,kita membenarkan diri kita dikuasai sekularisme.Kita sudah kalah sebelum berjuang.Diri ini sedih melihat kawan sendiri bercakaran sesama sendiri,musuh kita cuma senyum sinis di tepi.Sinis mengejek kejahilan kita.
Diriku terus ligat bermonolog.Kenangan lalu muncul lagi.Lantas diriku teringat sahabatku,Syed si panglipur lara.semangatnya begitu membara ketika di universiti.Segala yang mungkar ditegah.Ditegah dengan keras.Tiada kompromi.Tapi,semangatnya tidak kekal.Semangatnya sudah padam dek angin kejahilan.Fahaman jongkang-jongkit meranap segalanya.Yang tinggal cuma kenangannya.Walaupun usaha kita sedikit jika diiring dengan istiqamah,InsyaAllah diberikan keberkatannya.kita tidak dapat syahid seperti pejuang palestin di medan perang,biarlah kita syahid mempertahankan agama di pena.Pena yang lebih tajam dari pedang yang terhunus.
Sahabat karibku sudah memanggilku.Terlalu rindu untuk bersamaku walaupun seketika.KU renung kembali mesin taipku.Sekali lagi jari-jemariku berdansa dengan irama ilham ditemani mesin taipku.Tap.Tap.Tap.




sekarang bukan fahaman jongkang jongket lagi yang diambil kesah~
tetapi iman yang terjatuh tergelincir~
hati yang bergelap gelita~
Betul.pandangan itu memang ada benarnya.luahan kali ini memfokuskan kepada para pelajar yg berjuang di institusi pendidikan.mereka selalu berbelah bahagi tika ingin berjuang.
sahabat2ku.. amanah menympaikn kbaikn & mencgh kmgkrn bukan tugasan hari ini atau esok shj.. ttp seumur hidup.. apa yg penting ilh mesej yg ingin disampaikan terkesan d hati.. dpt dsampaikn.. tak kiralah apa caranya.. tak smestinya perlu ada insan yg tahu dan tak smestinya perlu diwar-warkan dan tak semestinya perlu membuatkan insan2 lain gelisah.. luruskan niat semata2 krn Allah, krn kita cuma berusaha.. yg menyampaikan adlh Allah, hanya Dia shj yg tahu isi hati si penyampai dan si penerima. Semoga kita sama2 dipelihara keikhlasan hanya utkNya sehingga bertemuNYA..
lillah~ saya setuju dengan pendapat lillah..saya di sini sekadar berkongsi luahan perasan.terpulang kepada pembaca untuk mentafsirnya.Saya sekadar mencetus sahaja seperti mencampak batu di dasar kolam.Riaknya tiada siapa yang tahu. Dari hati ke blog