Satu hari yang sibuk buatku
salam..semalam diri ini penat berjalan di merata tempat.Demam pilihan raya memang tidak dpt dinafikan lagi.Sana-sini perang poster.Jalan sesak dengan masyarakat pergi membuang undi.Diri ini ingin melaksanakan amanah yang diberi tapi..masa tidak mengizinkan.Umur sudah cukup tapi tempoh pendaftaran tidak cukup.Umurku genap 21 ketika melangkah tahun baru..Untuk layak mengundi perlu daftar 5 bulan awal sebelum pilihan raya.
PRU12 kali ini memang penuh dengan kejutan.Beberapa negeri sudah ditawan.Mungkin ada hikmahnya perubahan ini.Ini menunjukkan minda masyarakat kita sudah terbuka dan tidak lagi jumut.Cukup dengan PRU12.berbalik kita kepada perjalananku semalam.Memang jauh sekali diriku merantau semalam.Diriku dan beberapa rakanku pergi menziarah keluarga angkat di Kg Guar Lobak di Padang Serai,kedah.rancangan asal hendak pergi berkereta.Atas asbab yg tidak dpt di elakkan,terpaksalah kami pergi dengan motosikal.Lama juga kami di rumah keluarga angkat..maklumlah sudah sebulan tidak ketemu.byk cerita yg ingin dikongsi.masa di sana terus dilanjutkan kerana hujan.Memang lebat hujan kali ini.Hujan berhenti lebih kurang pukul 6.30 petang.
kami terpaksa berundur dahulu disebabkan rakan kami masih ada tugas yg belum dilaksanakan.Kami terpaksa meredah hujan dipertengahan jalan.diriku agak sejuk kerana kecuaian diri sendiri.aku terlupa untuk membawa sweater.Dan kesannya bajuku lenjun dek tempias tayar motor.huuhuuhuh.memang satu pengalaman yg tidak dapat dilupakan.
sesampai di jambatan pulau pinang,sekali lagi hujan jadi musuh kami.dengan kelajuan 80km/j,titis air bagaikan sembilu menyerang kulit kami.huhuhuhu.memang menyakitkan.Menyesal tak sudah kerana tidak ada sweater.Sampai sahajadi USM,roomateku ajak keluar makan di sungai ara.Hendak ke sana agak jauh juga.cuba fikirkan,sebiji kancil dan 6 orang penumpang.Diriku terpaksa mengalah dengan menaiki motosikal seniorku.huhuhuhu..memang makn sakan hari ini.
mata dah mengantuk kerana sudah sakit kepala.kemungkinan besar diriku akan demam esok hari.Sob Sob.Doakanku agak tidak demam esok ya..salam..



4 Responses to “Satu hari yang sibuk buatku”
By Qaiyum on Mar 9, 2008 | Reply
Tanggungjawab Rakyat Telah Dilaksanakan. Maka Bertebaranlah Kembali Ke Seluruh Pelusuk Negeri Bagi Meneruskan Perjuangan Mencari Rezeki..
By abrar on Mar 9, 2008 | Reply
Gelombang politik kali ini membawa perubahan baru kepada negara.Ternyata sekali kita sudah tidak boleh hidup di zon selesa lagi.
qaiyum,terima ksaih datang ek..
By deennasour on Mar 9, 2008 | Reply
memilih pemimpin adalah amanah….
kalau tak pg mengundi kira pecah amanah…kan?
By abrar on Mar 9, 2008 | Reply
betul tu deen