monologku - surau
Hari ini,diriku berada di luar atas urusan kerja.Editorku mahu berjumpa dengan denganku.Mungkin mengenai karyaku.Sebelum sampai di tempat yang ditujui,perasaan was-was mula hadir.was-was tentang perkara yang akan berlaku.Ah!Pergi kau dari sini.ku tidak mahu engkau di sini.Perosak segala urusan.Nyah engkau dari sini!Tempik hati kecilku.Di kedai Santapan Nurani,ramai sungguh kelibat manusia di sini.Pelbagai susur lapis ada di sini.Yang berkolar putih dan manusia biasa bebas menjamah makanan.
Diriku terus mencari di mana gerangannya sahabatku.Melihat keadaanku yang agak termangu-mangu mencarinya,sahabatku memanggilku.
“Im,kat sini.”
“Oh.Kat situ rupanya.Mengapa pilih tempat ceruk ni?”
“Biasalah rahsia sulit.hehehe.Meh duduk dekat sini.Hari ni saya belanja.”
“Langkah kanan betul saya hari ni.Ada orang nak belanja.Ni ada apa-apa ke?”
“kot ya pun duduk la dulu.Tak sabar langsung.”
“Ok.Ok.Terlupa.Hehehehe.”
Sambil menikmati makanan yang dipesan,perbincangan rancak diperkatakan.Pelbagai isu diperkatakan.Rata-ratanya berkaitan dengan karyaku.Ada pihak tidak senang dengan karyaku.Ku akui karya yang ditulis agak berat untuk dihadam oleh masyarakat.Ada pihak pula melabelkanku sebagai ekstremis.Karyaku bagi mereka adalah seperti duri dalam daging.Mencucuk secara diam.Buntu sekali rasanya kepala ini.Mengapa begitu sempit sekali pemikiran mereka?Usah dipandang pandanganku,renungkan ilmu yang cuba ku sampaikan.Diriku hanya pencetus bukan pengubah.Karyaku cuma seperti melontar batu kecil ke dalam kolam.Riaknya tidakku nampak,hanya si pemerhati sahaja yang nampak.
“Wan,saya hendak solat sebentar ya.Tadi kelam-kabut sikit.Maklumlah banyak benda yang bersarang di dalam kepala ni.Nak membersihnya mengambil masa sedikit.”
“Oh.Tak mengapa.silakan.Panggilan-Nya lebih utama.”
“Ok.”
setelah meminta izin,terus diri ini mencari di mana letaknya surau.Akhirnya setelah penat berpusing-pusing di dalam pusat membeli belah yang agak luas kawasannya,suraunya ketemu juga.Agak tersorok lokasinya.Terletak di tingkat bawah berhampiran dengan kawasan meletak kenderaan.Keadaannya tidak terjaga.Pintunya hampir tercabut.Tempat wuduknya di luar.Ya Allah,teruk sekali mereka memperlakukan sedemikian ke atas rumahmu.Ku beranikan diri untuk masuk ke dalam.Lembap.Seperti tidak digunakan.Barang kelengkapan surau berterabur.Tidak terurus.Melihat keadaan surau sedemikian,terus diri ini mengemasnya.Sakit mata melihatnya.Diri ini pantang melihat benda yang bersepah.Selepas mengemas,baru lega sikit hati ini hendak besolat.
Hatiku kembali panas ketika hendak mengambil wuduk.Ada kondom di situ.Ya Allah,kesucian rumahMu tercalar dengan sikap rakus ciptaan-Mu.Setelah menunaikan solat,dengan segera terus meninggalkan surau tersebut.Bukan apa,geram dengan sikap manusia.
“wan,saya geram sangat sekarang ni.”
“Mengapa Im?Ada pencuri ke tadi?”
“Bukan pasal itu.Tadi surau tempat saya solat tadi amat menyedihkan.”
“Apa yang sedihnya?”
“Mana saya tak sedih,dah la pintunya hendak tercabut.Lepas tu saya jumpa kondom kat tempat wuduk.Basah lagi.Eeee,geli-gelaman dibuatnya.”
“Oo.pasal tu ke.Nak buat macam mana Im.Manusia akhir zaman.Akalnya diletakkan di lutut.Bukan di kepala.”
“Manusia,kalau dah nafsu bertahta di jiwa,semuanya yang batil menjadi benar.Semua yang ditegah nikmat bagi mereka.Sikap mereka mengalahkan binatang.Binatang pun pelik tengok mereka.Bila ditegur,marah.Mulalah keluarlah alasan yang tidak ketahui sumbernya.Berlandaskan nafsu.”
“Sabar aje lah Im.Manusia kalau dah keras hatinya dibom pun takkan berubah sifatnya.”
“Ni dah banyak bersabar ni.Ok la wan,lama sangat saya kat sini.Tak jadi kerja nanti.”
“Tak mengapa.Kitakan sembang pasal Ummah bukan benda yang dimurkai-Nya.Kalau dah begitu silakan.Karang mengamuk lak Si Anis tu.”
“Ok.terima kasih belanja saya makan.Lain kali saya belanja wan pula.”
“Perkara kecil aje.Assalamulaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Santapan Nurani kutinggalkan.Hati ini masih lagi geram dengan manusia yang bertuankan nafsu.Surau sunyi tanpa pengunjungnya.Kelab malam dan pusat hiburan penuh hingga ke pagi.Dunia hampir ke penghujungnya.Yang tertawa akhirnya syaitan durjana.Gembira menyesatkan anak adam ke jurang kehinaan.



4 Responses to “monologku - surau”
By deennasour on Mar 14, 2008 | Reply
kerana nafsu manusia alpa,
bukankah manusia mudah terleka?
kat mana2 ada syaitan,
dan paling banyak kat surau la,,
sbb nak ajak org kat surau buat maksiat~
By abrar on Mar 14, 2008 | Reply
itu la..saya sedih baca kisah tasik permaisuri.Sampaikan kat dalam surau pun nak buat projek..kupasan dari Mastika.
By mherizat on Mar 14, 2008 | Reply
kelibat manusia di akhir zaman,
yang pali dilarang itulah cabaran,
x kisah asal puas berdua nafsu syaitan…
tak akan terbuat sesuatu terkutuk kalau kita membiarkan dibisik syaitan.
By deennasour on Mar 17, 2008 | Reply
itulah masalahnya bila manusia memuja dunia~
akhirat di lupa~