Tap.tap.Jari-jemariku terus menaip di mesin taip usangku.Ilham yang datang perlu segera ditafsir dan diluahkan secepat mungkin.Ia datang bagaikan angin yang lalu sebentar di suatu tempat.Perginya terasa.Sebentar tadi sahabatku Suhaimi sekali lagi menghantar artikel buatku.Katanya perlu diolah secepat mungkin.Lama juga diriku merenung artikel yang diberinya.Agak buntu mencari olahan yang sesuai.sejak akhir-akhir ini,diriku banyak merenung jauh.Banyak sangat difikirkan.Berserabut dan bersawang.Artikel tadi terus direnung.
Sajak Anak Palestin
Ayah!
kata mereka kau penjahat
padahal engkau bukan penjahat,
Ayah!
Mengapa mereka jauhkan aku darimu ,
Mereka menangkapmu tanpa memberi kesampatan untuk menciumku
atau mengusapkan air mata ibu,Ibu!
Aku melihat air mata di kelopak matamu setiap pagi,
Apakah palestina tidak berhak diberi pengorbanan?
setiap hari aku bertanya kepada matahari,
Ibu,apakah ayah akan kembali pada suatu hari?
ataukah dia akan pergi selamanya sampai hari Kiamat,
atau dia akan mengusap air mata ibu yang terus menitis setiap hari?Wahai ayah,di manakah engkau?
Ooh..bayi-bayi yang dijajah,
kini telah datang hari raya baru setelah hari raya tahun lalu,
dan bayi baru pun terlahir sesudah bayi yang itu,
dan para Syuhada berguguran setelah gugurnya syahid yang lalu,
sedang ayah masih disembunyikan di seblik jeriji besi,
dalam sel yang tidak layak dihuni manusiaMana hari kemenangan dan kehancuran penjara-penjara besi itu?
Aku ingin ayah kembali.
Tika diriku membacanya,butiran jernih gugur dari wajahku.Hiba sekali rasanya.Seorang anak kecil rindukan kepada bapanya.Seorang isteri yang terus setia menanti kepulangan suaminya.Mereka terus berharap agar insan yang disayangi pulang.Tidak pernah luntur.Harapan berderai tatkala insan yang ditunggu sudah tiada.Pergi buat selamanya.Hanya sebujur tubuh tanpa bernyawa.Diam tanpa berbicara.Raungan memecah suasana tatkala tubuh itu dibawa pergi.
Fikiranku kini mula sarat dengan pendapat.Pendapat yang tiada pendengarnya.Hanya diriku yang mendengarnya.Sedang asyik pemimpin-pemimpin Islam membuat kata sepakat di meja bulat,sudah berapa ramai nyawa rakyat palestin terkorban.Cukuplah rundingan itu wahai ketuaku.Si Israel laknat itu bukannya boleh dibawa berbincang.Bukankah sudah disebut bahawa si Israel akan memungkiri janjinya jika ada pihak membuat perjanjian.Mengapa perlu ada rundingan?Yang cuma membuang masa?Rakyat palestin sudah jelik dengan rundingan itu wahai sahabatku.Mereka hanya perlu doa dari kita.Berdoa agar pejuangan mereka berjaya menghalau si Israel dari tanah palestin.Mereka tidak meminta-minta bantuan orang lain untuk berjuang bersama mereka.Cukup sekadar iringan doa.
Diriku tersentuh ketika melihat seorang ibu sedang memecahkan batu dengan penukul di jalanan.Kemudian melontarnya kepada askar-askar Israel di jalanan.Lontaran diiringi dengan dendam kematian anaknya.Peluru Israel menebusi badan anak kecilnya tatkala anaknya bermain di tepi tembok kebencian.Apa dosanya sehingga ditembak mati?Si ibu meratapi kematian anaknya.Badannya penuh dengan kesan peluru seperti papan yang dimamah anai-anai.Mukanya sudah berubah sifat.Sungguh menyayat hati kecil ini.
Mereka di palestin syahid di hujung senjata akan tetapi kita di sini sudah lama mati dalam kekufuran.Hati kita sudah lama mati.Mati dimamah ideologi-ideologi barat.Gugur satu-persatu seperti dedaun yang dimamah ulat.Gugur tanpa sebarang makna.Sekadar menyubur usaha si kafir laknat.Hendonisme,sekularisme,kapitalisme dan sebagainya sudah lama bersarang di hati kita.Sudah menjadi tuan kepada diri kita.Logik akal dan iman sudah lama dihalau.Yang tinggal cuma nafsu menjadi teman.Dipandunya ke lembah kemusnahan.Negara maju tapi yang mundurnya iman dan akhlak.
Jari-jemariku berhenti menaip.Tafsiran yang dipinta sudah disiapkan.Ringkas sahaja kali ini.Ilham yang datang tadi tidak sempat untuk ku luahkan.Tafsiran tadi ku simpan di dalam fail peribadiku.Esok sahaja ku serahkan kepada Suhaimi.Cukup untuk tazkirah semasa usrah nanti.Mesin taipku ku biarkan diam di situ.



By ahib0205 on Mar 19, 2008 | Reply
aku pun kekadang amat taringat betul kat anak palastin kat sana. tu pasal aku sering tegur adik2 aku kalo depa berlebihan. sbb kita la ni melampau… nk mewah n tak igt dunia jek.. hm…. jom lah kita teruskan kan sumbang doa kpd mereka kat sana… ada peluang kita hulur2 yek…
By abrar on Mar 19, 2008 | Reply
betul tu ahib.biarlah doa kita menyubur perjuangan mereka di sana.Mereka saudara seislam kita.
By zattul on May 13, 2008 | Reply
sedih dgn diri
sedih dgn masyarakat
sedih dgn ummat
bergelar seorang muslim tetapi
masih mampu ketawa
masih mampu bergembira
ketika saudara seislam,satu Tuhan
ditembak,dihina,dikeronyok,diterajang
apakah kita layak digelar saudara?