tetamu tanpa diundang
Semalam diriku seperti bukan diriku yg selalu.Tiada raut senyuman di bibirku.Cuma masam mencuka.Terasa kosong sangat jiwaku hari ni.Seperti ada sesuatu yg hilang dari diriku.Tanpa dikesan.Hilang tanpa jejak.Diriku kini melayan perasaan.Perasaan kian bergelora.Singgahsana hati hampir tergugat.Hampir tidak menyembah ke bumi kecewa.kesepian ini membunuh senyumanku.Gelak-tawa sudah merajuk.Merajuk kerna diriku gagal menyelamatkan senyum,teman mereka.Sekarang ni jasad ini cuma sekadar tin kosong tanpa biskutnya.Hanya angin sahaja menjadi isinya.Isi yang tidak akan siapapun yang mahu.Ditinggalkan sepi di atas almari tanpa terusik.Hanya menanti debu-debu hampa menyapanya.
maaf ya sahabatku,saya agak moody semalam



4 Responses to “tetamu tanpa diundang”
By Qaiyum on Mar 20, 2008 | Reply
Jangan Moody Slalu². Optimiskan Diri :D=
By abrar on Mar 20, 2008 | Reply
terima kasih qaiyum..akanku cuba menjadi optimis..
By mrozaidi on Mar 20, 2008 | Reply
Kena “bertapa” untuk kembalikan seperti sedia kala..haha..
By abrar on Mar 20, 2008 | Reply
rasanya nak bertapa dekat gunung jerai..hehehe