monologku - diari
Hari ini agak buntu buatku.Tiada apa dapatku lakukan hari ini.Lemah dan tidak bermaya.satu pekerjaan pun tidakku selesaikan.Hanya berhenti dipertengahan jalan.Hanya jalan mati.Najmi dan isteriku tiada di rumah.Mereka keluar ke rumah kenduri.Diriku tidak pergi kerana tidak sihat.Entah mengapa badanku tidak berapa sihat.Mungkin perubahan cuaca agaknya.
Diriku hanya duduk termenung di sofa.Sudah sejam begitu.Terasa begitu lambat sekali masa mengensot pergi seperti mahu menyeksaku dengan kebosanan.Hari ini,pintu fikiran tertutup rapat sekali.ilham langsung tidak datang melawat bertegur sapa.Hanya lalu-lalang di sekitar.Memang benar kata orang tua.Hidup ini tidak selalunya indah.Ada pasang dan surutnya. kadang-kala kita ketawa girang bersama rakan dan ada kalanya hati kecil ini terluka dengan pelbagai kerenah manusia.
Tergerak hatiku untuk menyelak diariku di dalam laci.Agak berdebu keadaannya.Maklumlah sudah lama tidakku sentuhnya.Rasanya sudah dua bulan diriku tidak mencoret isi hatiku di dalamnya.Isi hatiku hanya tercoret di dalam karya.Karya yang hanya dianggap sebagai pengisi masa lapang buat pembacaku.Diriku terus membelek helaian dairiku.
2 januari 2004
Diari,hari ini diriku amat bahagia sekali.Insan yang ditunggu sudah keluar menjengah melihat dunia dari rahim ibunya.Ibubapa mana yang tidak gembira menyambut kelahiran anaknya.Anak yang lahir merupakan rezeki kepada ibubapa.Setelah di azankan dan iqamahkan,anak yang baru lahir itu diberi nama Muhammad Najmi yang bermaksud bintang yang terpuji.Isteriku yang memberikan nama tersebut.katanya biarlah dia menjadi bintang yang menerangi hidup kami dengan kehadirannya.biarlah menjadi cahaya yang membahagiakan orang yang di sampingnya.
Setiap yang dijadikan ada hikmahnya.cepat atau lambat sahaja bezanya untuk kita menyedarinya.Begitulah juga sesuatu perlakuan kita.Minggu lepas,hari itu datang lagi menjengah ke dalam hidup kita.Hari di mana dunia ini disimbah cahaya harapan dan rahmat.Seluruh alam sujud kesyukuran kepada-Nya.Khabar gembira Sudah tersebar ke pelusok alam.Semua ciptaan-Nya bergembira.Insan yang ditunggu-tunggu sudah tiba.Tiba untuk memacu dunia ke arah lebih baik.Tiada jahil dan kebutaan.Dialah kekasih-Mu yang mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W.Utusan yang terakhir yang diutuskan oleh-Mu.
Surau di tamanku membuat majlis sambutan Maulidur Rasul.Sederhana sahaja sambutannya.Mungkin ada insan yang menyatakan sambutan ini adalah bidaah.Sesuatu yang tidak dibuat semasa zaman Rasulullah.Kalian cubalah fikirkan sedikit jika tidak dibuat sambutannya,adakah anak-anak kita sekarang ini akan kenal kepada rasulullah? Janganlah kalian begitu sempitkan fikiran kalian tentang sesuatu perkara.Islam itu mudah dan fleksibel.Tindakan kalian menyukarkan lagi proses yang dijalankan oleh kalian sendiri.Ini akan menambahkan lagi kesulitan kepada saudara baru kita yang baru mengenal Islam.Kalian renung-renunglah.Teliti dahulu sebelum bantah.
Deruman enjin kereta sudah kedengaran di luar pintu.Mungkin najmi dan isteriku sudah pulang.Eloklah diriku pergi menyambut mereka.Selamat tinggal diariku.



2 Responses to “monologku - diari”
By deennasour on Mar 25, 2008 | Reply
erm syok jugak ek~
kalau ada anak..hehee.
salam maulidur rasul.~
By abrar on Mar 25, 2008 | Reply
salam maulidur rasul deen..memang besh kalau ada anak..hehhehee