Archive for March, 2008

Kenanganku

Tuesday, March 11th, 2008

Cuti pertengahan semester dahulu,dirku telah menyertai satu program yang dianjurkan oleh PPMUSM(Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat USM).Nama program itu ialah MBM.Singkatan kepada mahasiswa bersama masyarakat.Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang seminggu.Yang paling menjadi kenangan manis ialah bermain bola sepak dengan kain pelekat.memang mencabar ketahanan diri.Maklumlah nak buka langkah besar susah sekali.Berikut adalah adegan yang saya mahu kongsikan sebagai the best moment of my life.

team guar lobak

diriku yang berkain pelekat hijau


Happy - Happy Moments

Tentang blog ini.

Tuesday, March 11th, 2008

salam.Bagi yang melawat laman ini,seringkali tertanya-tanya si empunya laman ini sudah berkahwin atau tidak.mana tidaknya,entri yang dimasukkan terutamanya monologku,monologku 2,monologku diteruskan,buatmu sahabat,mangkuk antik,monologku-gelas, dan paling terbaru monologku -air.Semua entri ini adalah cerita.Cerita yang dibuat oleh penulis sendiri iaitu Abrar bin chek teh.

setiap entri ada mesej yang cuba disampaikan.sebab itulah laman ini diberi nama Dari hati ke blog.Kiranya enrti yg diletakkan di sini adalah terus dari hati penulis dan dijelmakan ke dalam blog.mungkin entri yg dimasukkan tidaklah semenarik entri dalam setengah blog yg ternama.Diriku cuma insan biasa yang menulis apa yg diriku lihat dipersekitaran.Ku luahkan di sini.Bukan inginkan nama,cuma risau dengan zaman sekarang.

Jika diperhatikan,terdapat banyak entri yang datangnya dari laman lain.Artikel yang baik akan saya kongsikan disini.Saya letakkan sumbernya kerana itu adalah salah satu etika ketika menulis blog.Sekurang-kurangnya kita memberi penghargaan kepada penulis asalnya dan memberi semangat kepadanya untuk terus berkarya.Jika ada pihak ingin meletakkan cerita saya di lamannya,sillakan.Saya izinkan.ilmu itu bukan milik saya,ia milik Allah.Saya cuma menyampaikannya dengan bercerita.Akhir kata,apa yang kita buat belum tentu kita akan lihat hasilnya.sebaliknya orang lain yang akan melihat hasilnya.Diri ini akan terus menulis selagi di izinkan-Nya.Dari hati ke blog. salam ukhwah.

monologku - air

Tuesday, March 11th, 2008

Penat rasanya hari ini buat badanku yang sudah berusia ini.Begitu sibuk sekali diriku.Tidak terkejarku masa yang berlalu pantas.sepantas kehidupan kita.setiap detik tidak kembali.Andai kata manusia boleh mebolak-balik masa,ranaplah dunia ini.Maka tiada lagi prosa sesiapa yang tidak belajar dari sejarah bakal akan mengulanginya.Hilanglah perisa kehidupan yang dirasa.Tiada lagi kenangan pahit.Yang tinggal hanya manis.Manis yang tiada erti.

Begitu kusut sekali pemikiranku hari ini.Buntu sekali.Teman-temanku diam di tempatnya.Tidak terusik.Maafkanku teman.Biar diriku bersendirian sebentar.Diri ini perlu menjernihkan perkara yang sudah keruh di hatiku.Ku berfikir.Masih lagi buntu.Ya Allah,berikanku jalan keluar dari kebuntuan ini.Berikanku ketenangan agar kerunsingan di hati ini pergi jauh dari hati kecil ini.Diriku kembali tenang tatkala bunyi air mengalir mengetuk gegendang telingaku.Lantas diriku berfikir.

Fikiranku mula melayang jauh.Jauh ke masa silam ketika diriku masih lagi di alam persekolahan.Perbualan diriku dengan guru fizikku.

“Im,mari sini sekejap.”

“Ada apa cikgu?”

“Cikgu nak tunjukkan sesuatu yang best.Nak tak?”

“Nak.Nak.Cepatlah cikgu.Im dah tak sabar nak tengok ni.”

“Ok.Ok.cikgu nak tunjuk ni.Cuba tengok gambar ni.”

“Gambar apa ni cikgu?”

“Ini gambar struktur molekul air zam-zam yang sudah dibekukan.Cuba tengok gambar yang ini pula.”

“Waa.Hodohnya struktur molekul ini.Yang ni gambar molekul mana?”

“Yang ini molekul air yang dibekukan setelah didengarkan dengan muzik rock.Jauh bezakan strukturnya?”

“Ya.memang jauh bezanya.Sebab apa cikgu tunjukkan gambar ni?”

“Cikgu cuma hendak mengaitkan amalan masyarakat kita pada malam Juamat iaitu meletakkan air ketika bacaan Yassin dijalankan.”

“Apa kaitannya cikgu?”

“Seperti yang kita tahu,molekul-molekul setiap objek bergetar.Bergetar pada kadar yang ditetapkan.Jika kita perhatikan kepada struktur air zam-zam,strukturnya begitu halus dan cantik sekali.Ini disebabkan bacaan doa seluruh umat Islam tertumpu ke Makkah tempat asalnya Air Zam-zam.Doa-doa yang sampai kepadanya berfrekuensi harmoni dengan getaran atom-atom Air Zam-zam.Hasilnya pemecahan ikatan antara molekul berlaku dengan berkesannya.”

“Yang strukturnya didengarkan dengan muzik rock macam mana?”

“Yang ini pula,muzik rock sifatnya keras.Berfrekuensi tinggi.secara tidak langsung memaksa molekul untuk memutuskan ikatan secara paksa.Hasilnya satu struktur yang tidak cantik untuk dipandang.”

“Ooo.begitu rupanya.Baru Im faham.”

“Selain itu,cikgu nak sampaikan perkara lain.Yang tadi itu secara sainstifik.Yang ini secara akidah.Kadang-kala kita sering rungsing dengan pelbagai masalah yang datang.tidak kisah kecil atau besarnya sesuatu masalah itu sudah cukup membuatkan kita gelisah.mengapa tidak kita contohi sifat air.”

“macam mana tu cikgu?”

“Seperti mana kita tahu,air tiada bentuk yang tetap.bentuknya ditentukan oleh bekas yang diisinya.Kalau petak,petaklah ia.Kalau bulat,bulatlah dia.Di sini,cikgu bukan nak mengajar kimia tapi sekadar memberi analogi.Setiap orang duduk dalam suasana yang berbeza.Berbeza acuan.Untuk menjadi bentuk acuan itu,kita perlu berubah mengikut acuan itu.”

“Kiranya kita perlu sesuaikan diri kita dengan persekitaran kita.betul tak cikgu?”

“Betul tu Im.Harus diingat bahawa bukan semua acuan elok diikut.Ada acuan yang akan memakan diri kita.kita akan melekat di acuannya.Susah untuk kita keluar darinya.”

“Baiklah cikgu,kita sambung lagi perbincangan kita nanti.Im ada kelas ni.Karang mengamuk pula Cikgu Zainudin.Dia cukup pantang orang yang datang lambat ke kelasnya.Terima kasih cikgu berkongsi info dengan saya.”

“Sama-sama Im.Cikgu sekadar berkongsi ilmu di dada.Ilmu yang dikongsi akan bertambah dan akan berkurang jika tidak dikongsikan.Dah.pergi kelas tu.”

“Ok.Ok.Assalamualaikum cikgu.”

“Waalaikumsalam.”

Cikgu Jamil,insan yang banyak membuka mindaku di sekolah dahulu.Di manakah dirimu sekarang? Anak muridmu ini sangat merinduimu.Rindukan kepada perbincangan ilmiah yang membuka minda.Diriku kini sudah tenang.Setenang air yang mengalir perlahan di taman.

Satu hari yang sibuk buatku

Sunday, March 9th, 2008

salam..semalam diri ini penat berjalan di merata tempat.Demam pilihan raya memang tidak dpt dinafikan lagi.Sana-sini perang poster.Jalan sesak dengan masyarakat pergi membuang undi.Diri ini ingin melaksanakan amanah yang diberi tapi..masa tidak mengizinkan.Umur sudah cukup tapi tempoh pendaftaran tidak cukup.Umurku genap 21 ketika melangkah tahun baru..Untuk layak mengundi perlu daftar 5 bulan awal sebelum pilihan raya.

PRU12 kali ini memang penuh dengan kejutan.Beberapa negeri sudah ditawan.Mungkin ada hikmahnya perubahan ini.Ini menunjukkan minda masyarakat kita sudah terbuka dan tidak lagi jumut.Cukup dengan PRU12.berbalik kita kepada perjalananku semalam.Memang jauh sekali diriku merantau semalam.Diriku dan beberapa rakanku pergi menziarah keluarga angkat di Kg Guar Lobak di Padang Serai,kedah.rancangan asal hendak pergi berkereta.Atas asbab yg tidak dpt di elakkan,terpaksalah kami pergi dengan motosikal.Lama juga kami di rumah keluarga angkat..maklumlah sudah sebulan tidak ketemu.byk cerita yg ingin dikongsi.masa di sana terus dilanjutkan kerana hujan.Memang lebat hujan kali ini.Hujan berhenti lebih kurang pukul 6.30 petang.

kami terpaksa berundur dahulu disebabkan rakan kami masih ada tugas yg belum dilaksanakan.Kami terpaksa meredah hujan dipertengahan jalan.diriku agak sejuk kerana kecuaian diri sendiri.aku terlupa untuk membawa sweater.Dan kesannya bajuku lenjun dek tempias tayar motor.huuhuuhuh.memang satu pengalaman yg tidak dapat dilupakan.

sesampai di jambatan pulau pinang,sekali lagi hujan jadi musuh kami.dengan kelajuan 80km/j,titis air bagaikan sembilu menyerang kulit kami.huhuhuhu.memang menyakitkan.Menyesal tak sudah kerana tidak ada sweater.Sampai sahajadi USM,roomateku ajak keluar makan di sungai ara.Hendak ke sana agak jauh juga.cuba fikirkan,sebiji kancil dan 6 orang penumpang.Diriku terpaksa mengalah dengan menaiki motosikal seniorku.huhuhuhu..memang makn sakan hari ini.

mata dah mengantuk kerana sudah sakit kepala.kemungkinan besar diriku akan demam esok hari.Sob Sob.Doakanku agak tidak demam esok ya..salam..

Monologku - gelas

Thursday, March 6th, 2008

Hari ini,tergerak hati kecil ini untuk membawa anakku keluar bersiar-siar di taman.Baginya ini hal yang sangat mengembirakan hatinya.Maklumlah sudah lama dia tidak keluar bersamaku.Selama ini dia hanya keluar bertemankan ibunya.Hari ini kebetulan diriku sudah bosan duduk di rumah.Petang ini,ramai sungguh anak-anak kecil bermain di sini.Ibubapa cuma merenung jauh.Sesekali tawa kecil terbit di wajah mereka melihat telatah anak mereka.Najmi sudah lama di buaian.Memang itu yang ditujunya.

Ku cuma melabuhkan diri di perdu pohon.Sungguh nyaman sekali udara di bawahnya.Dengan badan yang sudah berusia ini,tidak mampu rasanya untuk selincah dahulu.Dari jauh ku memerhati dengan teliti Najmi.Maklumlah hati ini tidak mahu kejadian penculikkan berlaku ke atas keluargaku.Tiada ibubapa yang mahu anaknya disakiti termasuklah diriku.Najmi berlari mendapatkanku.

“Ayah,mie dahagalah.Ayah belanja boleh tak?Belanja ABC kat tepi tu”
“Ok.Ayah belanja.Jom”

Jelas terpancar keceriaan di muka anakku.Tiada yang mulia selain membahagiakan orang lain.Ku tinggalkan perdu pohon sebentar.Tangan Najmi ku pegang dengan erat ketika melintas jalan.Sudah tanggungjawabku menjaga keselamatannya.Di gerai,keadaan agak sibuk dengan anak-anak kecil berebut untuk mendapatkan makanan yang dipinta.Pak Ali tidak menang tangan dengan permintaan pelanggan.Sudah lama Pak Ali berniaga di situ.Seingatku,sebelum keluargaku berpindah ke taman ini,gerai Pak Ali Sudah ada di situ.

“Ayah,cepatlah.Mie dah dahaga ni.”

“ok.ok.Ayah nak order ni.Pak Ali,kasi ABC Special dan Teh O ais ya,”pintaku.

“Ok.Siap!”Jawab Pak Ali.

sebentar kemudian,pesananku sampai ke meja.ABC special dan Teh O Ais.Najmi terlebih dahulu menyambar “ABC”nya.Dahaga sangat rasanya.Bersungguh betul anakku memakan ABCnya.Sedang asyikku melayan perasaan,Najmi bertanya kepadaku.

“Mengapa ayah menjadi penulis?Ayah tak minat jadi polis ke?Boleh tembak orang jahat.”

“Ayah dulu ada mohon nak jadi polis.Tapi…”

“Tapi apa ayah?”

“Ayah terlebih berat.heheheh.Najmi,cuba tengok gelas ayah ni.”

“Ada apa dekat gelas ayah?”

“Nampak tak ada air dekat tepi gelas?”

“AAAA.Najmi nampak.Kenapa Ayah?”

“Inilah alasan ayah jadi penulis.Kita ini umpama gelas yang diisikan dengan air.Air itu adalah ilmu yang kita dapat.Dan lebihan air itu adalah amalan kita.”

“Macam mana tu ayah?”

“Macam ni Najmi,ada orang banyak ilmunya tapi tidak tahu untuk menyampaikan ilmunya kepada orang lain.Ilmunya tidak keluar seperti air di dalam gelas ini.Terkurung di dalam gelas.”

“Air yang meleleh keluar tu macam mana?”

“Air yang meleleh keluar itu adalah ilmu yang kita sampaikan kepada orang lain.Ayah menjadi penulis untuk sampaikan ilmu kepada orang lain.Ini sahja yang ayah mampu buat.Nak angkat mesingan,ayah takut.Bunyi tayar lori meletup pun ayah dah takut.Setiap orang ada kelebihannya.Macam ayah,ayah cuma tahu menulis cerita sahaja.Lain orang lain bakatnya.”

“Ooo.Gitu rupanya.”

“ok la Najmi,ibu dah cekak pinggang kat pintu tu.Suruh balik rumah.Jom balik rumah.Ibu masak sedap malam ni.”

“Jom ayah.Mie pun dah lapar ni.”

“Jom.Ayah dukung mie balik.”

setelah membayar harga minuman tadi kepada Pak Ali.Diriku melangkah pulang ke rumah dengan Najmi di belakangku.Diri ini bersyukur kerana diberi peluang untuk bersama dengan anakku.Biarlah nasihat yang kuberi kepadanya akan menjadi pedoman buatnya.

jom baca

Tuesday, March 4th, 2008

Aku datang dari keluarga yg besar…16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup ” gaya pulang ke pangkal jalan’”…maka adalah yg tak kena sana sini…oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz). Lalu ada yg sound:
“Apahal duduk macam nak berlari ajer….”
“Tak baik lutut tinggi pada makanan..”
“Ni duduk ke nak berak nie..?”

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen…Aku pun basuh
tangan. Nota untuk mua’alaf :
Sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang
korang. - Hutang
kereta/rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir…ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu. Kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi. Nak pakai sudu material apa? Stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? Matelic ke cooper? Kan susah tu!!! Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja.. bentuk
bulat ke bentuk heksagon?, Oktagon?, Nanagon? Nak kena pergi kedai perabot buat ansuran
mudah! Jimat ! Hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!! Oh…

Lepas tu makanlah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulaksuara2 yg sound:
“Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?”
Aku kata : “Huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu
pinggan!!!”

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5… Oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh…Diorang tegur :
“Essh.. pengotor betullah”.
Aku kata : “Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!”
(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman).
“Nie, apahal jilat2 jari nie? Lucah betul!!”- tanya diorang pada aku…
“Makan ayam sedap sampai ke kaki….makan sate sedap sampai ke lidi heheheh”- kataku…

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan… Aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya :
“Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?”
Abang aku kata sebab tengkuk lembu berat…bla bla bla..
Aku kata : “Salah!!! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!”
Aku menyambung : “Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makansajer. Namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka dikira ibadat.. Masa nak makan,niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. “

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat,ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat,makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. Kesian mak aku…
“Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik
camne?..cakap terer..”(kata abang aku). Aku kata : “Senang sajer… Mak angkat kedua-dua tangan ke atas..”

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi.. Aku kata: “Lurus mak,tangan mak dua-dua kena lurus… !!!” (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi
dengan rantai emas..)

Aku kata : “Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! “HA HA HA..
(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa.. sehingga
tulang yg tercekik itu terkeluar.. Semuanya dari Allah!!! He he he…
Selamat mencuba, ni bukan hadith, ***a pengalaman.

Sumber : http://keretamayat.blogspot.com

Diambil dari asamboi.org

Mencari pasangan

Monday, March 3rd, 2008

kita sering tertanya-tanya bilalah diri ini dapat membina mahligai bahagia dengan si dia? Diri kita terus mencari-cari jodoh kita.Seringkali ikatan yang dicipta tidak kekal.Putus tanpa disambung. Pernahkah kita terfikir di mana silap kita?saya sekadar berkongsi artikel dari www.tentangcinta.com mengenai tip-tip mencari jodoh oleh Dato Dr Fadilah Kamsah.Buat renungan bersama. (more…)

Dari hati ke blog

Sunday, March 2nd, 2008

salam buat para pengunjung.Sejak akhir-akhir ini entri yang saya masukkan di sini berunsurkan cerita pendek.Cerita pendek yang telah dibuat ialah monologku sehingga yang terkini adalah mangkuk antik.Bahan yang digarap seperti “mangkuk antik” sebahagian sumbernya datang dari http://yanghakiki.blogspot.com. Entri berkaitan “dakwah bukan jongkang-jongket” dan sebahagian lagi dari artikel pemberian sahabat saya. cerita pendek yang disampaikan merupakan luahan hati ini tentang isu-isu yang melanda masyarakat. saifulislam.com banyak memberi infomasi kepada saya. artikelnya “Berdakwah dengan bercerita” banyak merubah cara saya menulis kini.

Kita lihat sendiri dalam Al-Quran,banyak cerita disampaikan di dalamnya. Setiap cerita yang disampaikan ada unsur dakwah di dalamya.Mendidik sambil bercerita.Di sini saya ingin kongsikan satu laman blog iaitu http://azharahmad.com/blog (terima kasih deennasour). Entri yang dimasukkan memang bagus direnungkan.teratak nurani

Kebanyakan entri yang dimasukkan di situ datangnya dari simpanan artikel di emailnya.selain itu Azhar Ahmad turut menyelitkan cerita seram bersiri.Cerita itu masih lagi tiada penamatnya.Memang menarik untuk dibaca.

Watak yang digunakan di dalam cerita pendek cuma rekaan semata-mata.Cuma watak Lia dalam “buat sahabatku” memang wujud dan kedukaan yang menimpa Lia adalah benar.saya cuma mahu menjernih perkara sebenarnya..Akhir kata,biarlah cerita pendek yang dibuat renungan bersama. Dari hati ke blog

Find entries :