Kakiku melangkah sunyi di lorong-lorong kehampaan.seretan lemah kakiku mengiringiku.Tiada cahaya menerangi laluan itu.Suram sahaja.Tiada bunyi si pungguk rindukan bulan.Tiada lagu cengkerik pemecah suasana.Kehampaan sudah lama menngambil semua itu dariku.kini yang tinggal di diriku hanya kekosongan.Tangisan kekesalan sudah lama membasahi wajahku.senyum tawa sudah lama menyepi.Kata mereka,sudah tidak sesuai lagi untuk mereka diami lagi.Suram dan tiada cahaya.
Saat ini,diri ini masih lagi dalam kesesatan.Tiada arah.kompas kehidupan sudah lama tidak berfungsi.Terhenti di situ.Bagaikan masa yang dibekukan oleh kekosongan jiwaku. Diriku masih melangkah dalam kegelapan yang nyata.Tersungkur hampa dek dugaan kehidupan.Ku cuba untuk mencantum kembali serpihan diriku tapi gagal.Ada bahagian yang masih belum kutemui.Kini,diriku terus melangkah pergi mencari bahagian yang hilang.Seretan kehampaan mengiringiku pergi



By puterikurekure on Apr 22, 2008 | Reply
ishh…rasa macam berat sangat ni. take your time ok. pulihkan semangat tu dulu.
By Anysz on Apr 23, 2008 | Reply
janganla sedeyhh..
nanti aku belanje ABC ye
By kawaii_desu on Apr 27, 2008 | Reply
kita sama2 tgh hadapi waktu yg sukar. sama2 bersabar ok
By deennasour on May 6, 2008 | Reply
deen pun tgh dlm kesukaran…
aduhai dunia ama sukar jika akhirat kita blom capai….kan?