“Ayah!cepat lari.Mereka sudah dekat dengan kita.”
“Man!Pergi dulu.Ayah tak larat dah ni.”
“Mari Man gendong ayah.Mereka dah dekat sangat ni.”
Diriku terus mengendong ayah di belakangku.Desiran peluru tanpa mata sudah tidak mengenal musuh atau kawan.Kugagahi berlari di sebalik runtuhan bangunan.Kami perlu segera sampai ke kem pelarian.Itu sahaja tempat perlindungan buat masa ini.300 meter lagi.Larianku main ligat.Tiba-tiba,sebutir peluru sesat hinggap di betisku.Cuma Allah sahaja yang tahu kesakitannya.Ia mula menjalar ke sarafku.Otot-ototku mula hilang kekuatannya.Darah merah mula mengalir deras.
“Man,tinggalkan ayah di sini.Selamatkan nyawamu!”
“Tidak,Man takkan tinggalkan Ayah!Sikit lagi nak sampai kem.Bertahan ayah.”
Bunyi detuman kereta kebal semakin hampir.Hujan peluru semakin lebat menghujani suasana.Dengan khudrat yang ada,kakiku terus melangkah di sebalik runtuhan bangunan.Tidak putus-putus hatiku berdoa agar kami selamat sampai.Lagi beberapa meter lagi memisahkan kami dengan kem.Ketika berlari ke pintu kem,sebutir bom meluncur laju ke arah kami………..
Tidak…………..
Ya Allah!Diriku bermimpi rupanya.Mengapa begitu benar sekali apa yang berlaku.Hatiku mula menghamburkan seribu satu persoalan.Agak lama diriku buntu memikirkan apa yang berlaku.Kurenung ke dinding.15 mei.Hari apa hari ini?Apa yang berlaku pada tarikh ini?Setelah lama berfikir,barulah terjawab segala persoalan itu.
15 mei 1948.Hari di mana rakyat Palestin dihalau keluar dari tanah Palestin oleh Israel.Hari di mana bermula kerajaan Israel di tanah Baitulmuqadis.Tanah yang pernah menjadi kibalat kepada umat Islam.Hari di mana anak-anak terpisah dari ibunya.Kemudian anak-anak itu direjam oleh kanak-kanak Israel.Tidak cukup dengan direjam,dilumurnya kanak-kanak itu dengan petrol dan dibakar di depan ibunya.Kemudian,ibunya dibunuh dengan kejam sekali.Kisah di atas adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang ibu yang melihat kejadian tersebut.
Di mana kita sebagai saudara kepada mereka ini?Mengapa kita masih lagi bergaduh merebut jawatan tertinggi di Masjid?Renung-renungkan apa yang telah berlaku pada hari ini.Hendak tahu lebih lanjut boleh la google dengan keywords nakba



By Anysz on May 16, 2008 | Reply
kejamnye Israel..
dahla takmalu wat negara sendirik
masing2 diam membisu takmo tolong
hmm tunggula aku jadik PM nanti..*aminn
aniwae best gak cerpen kali ni =D
By kawaii_desu on May 16, 2008 | Reply
sebak rasa…
adakah kita bakal jadi camtu??
Na’uzubillah