monologku - sayang
Deruman air terjun Ulu Kenas menggamit rasa.Pepohon hijau tumbuh meliar menjadi penahan terik sang mentari.Hanya beberapa jalurnya mencuri masuk menyapa lantai hutan.Damai sekali di hati.Mie sedang seronok bermain di gigi air.Takut katanya maklumlah masih belum boleh berenang.isteriku dan Najwa hanya bersantai di atas batu bersama makanan.
Bukan selalu kami dapat bercuti seperti ini.Masing-masing sibuk dengan urusan harian.Najwa pula jarang-jarang pulang ke rumah disebabkan pelbagai aktiviti di universiti.Seperti mereka juga, diriku hanya duduk di atas batu yang tersusun secara semulajadi.Kakiku dibiarkan terendam di dalam air.Memang menyamankan.Dalam ketenangan itu,waspada masih menebal.Bimbang jika berlaku apa-apa kepada si kecil.Maklumlah malang tidak berbau.
“Ayah”
Tiba-tiba najwa menegurku.
“Ada apa Najwa?”
“Najwa nak tanya sesuatu dengan Ayah,boleh tak?”
“Boleh.Apa salahnya.”
“Erm…macam mana ek Najwa nak beritahu ayah.Najwa tak tahu macam mana nak mula.hehehe”
“Nape ni?Ada masalah ke?Muka pun dah merah.Erm…Najwa suka kat seseorang ke?”
“Mana ada ayah.Ayah ni ada-ada je.”
“Ala..Jangan tipu ayah.Macamlah ayah tak kenal Najwa.”
“Ok-ok.Najwa mengaku.”
“Mengaku pun.Najwa suka dia sebab apa?Hensem ke?Warak atau berharta?”
“Erm..sebab dia hensem.Mengapa ayah tanya Najwa macam tu?”
“Ayah nak kasi sedikit nasihat kat Najwa.Tak salah untuk kita menyayangi seseorang itu tapi ada batasnya.Sudah fitrah manusia menyukai sesuatu.Tapi semua itu hanya sementara.Hanya cinta kepada Allah yang kekal.Kasih sesama manusia seperti gugurnya bunga-bunga di taman ketika salju datang.Kasih Allah tidak terbatas.Bertapa sayangnnya Allah kepada kita sampaikan segala yang diberikan di dunia ini secara percuma tanpa sebarang bayaran.Bayangkan ketika nafas tersekat di kerongkong,Allah bentangkan bil-bil oksigen,air,sewa duduk di bumi dan memacam lagi.Mampukah kita hendak membayarnya?Sesungguhnya eloklah perasaan itu diletakkan di tempat yang sepatutnya iaitu Allah.”
“Habis tu macam mana sekarang ni,ayah?”
“Apa yang Najwa rasa cuma perasaan yang dibisikkan oleh syaitan untuk menyesatkan kita.Ayah nak tanya sedikit kat Najwa.Najwa sanggup menanggung tanggungjawab seperti ayah dan ibu sekarang ni?”
“Najwa tak sanggup lagi ayah.Masih banyak lagi kekurangan dalam diri Najwa.Lagipun Najwa cuma memendam rasa je.Kiranya syok-syok sendiri je.”
“Kalau begitu,jadikan dia sebagai kawan sahaja.Hidup kita masih jauh lagi.Jodoh tak ke mana.Sudah ditetapkan.Dah la Najwa.Nasi pun dah sejuk.Jom makan.Penat ibu masak untuk kita subuh-subuh tadi.”
“Jom.Najwa pun dah lapar.Jap Najwa nak panggil Mie”
“ok”



6 Responses to “monologku - sayang”
By deennasour on May 22, 2008 | Reply
sapa tak nak pasangan cantik
By abrar on May 22, 2008 | Reply
memang lah semua orang nak yang cantik..tapi kecantikan itu hanya sementara..meningkat usia pudarlah ia
By Anysz on May 31, 2008 | Reply
ha’ah manusia mmg suke yg cantik..
lagi2 mcm aku yang sexy ni *sexy ke akuuu heehee
takde cita2 wat citer perang plak ke?
By kawaii_desu on Jun 1, 2008 | Reply
dont judge the book by its cover…
By ahrizna on Jun 15, 2008 | Reply
Eerm… memang rupa adalah perkara pertama yang akan dilihat. Tapi akhlak adalah perkara utama yang dinilai. Dengan akhlak, akan tergambar agama… dengan akhlak akan terlihat sikap dan hanya insan berjiwa iman mampu menilai kecantikan itu.
By adawiyah on Jul 24, 2008 | Reply
cinta…sape yg x nak bercinta kan? bila ia dtg? harap jpa ngan sesorg yg baik..aminnn