monologku - masa
Tanpa kusedari pantas sekali masa pergi meninggalkanku.memang benar apa yang dikatakan oleh Imam Al-Ghazali yang jauh itu masa.dunia yang kulihat dulu sudah berubah.semalam dan hari ini sudah berbeza.Hanya diriku sahaja yang tidak pernah merasakan perubahan.Masakan tidak,kita seringkali hidup dalam zon selesa.Tiada apa yang yang merisaukan.masalah kecil umpama syiling 1 sen yang dilupuskan nilainya.barangkali hanya akan di temui di muzium kelak.Siapa tahu..
seringkali kita melihat orang lain menyambut ulangtahun kelahiran dengan meriahnya.kebiasaannya doa mohon keberkatan dan panjang umur selalu dipanjatkan.konon-kononnya nak bertaubat di kemudian hari.maklumlah dosa yang dilakukan belum lagi dilangsaikan dengan taubat yang sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha.tapi sedarkah kita bayi yang baru ditiupkan roh sudah direntap nyawanya apatah lagi kita yang dewasa ini.
Masa yang telah berlalu sudah jauh dengan kita.tidak dapat dikejar lagi.setiap detik berlalu begitu sahaja andai tidak diisikan dengan perkara yang berfaedah.orang yang tidak menghargai masa samalah seperti air di dalam bekas.lama-kelamaan ia rosak kerana ada mendakan di dalamnya.sebaliknya orang yang menghargai masa seperti air sungai yang mengalir.airnya segar dan berguna kepada makhluk.penyesalan di kemudian hari hanya merugikan.bukannya kita boleh mendapat kembali masa hanya dengan penyesalan atau air mata darah sekalipun.
bila nyawa tersekat di kerongkong,dibuka hijabnya kepada seksaan yang diterimanya.barulah kita menyesal dan mula merayu-rayu untuk diberi masa untuk bertaubat.Rayuan sudah tidak diterima.Masa bertaubat sudah lama tamat.Kemudian Allah tanya kepada kita,”sepanjang hidupmu pernahkah kau ingat kepada-Ku?”kita pun jawab”tidak.aku tidak pernah sujud kepada-Mu.segala yang Engkau suruh aku langgar.” “kalau begitu.Aku tak kenal kamu.terimalah azabku yang menyeksakan.”kata Allah kepada kita.
mahukah kita menjadi begitu di hujung nyawa?



4 Responses to “monologku - masa”
By deennasour on Jun 7, 2008 | Reply
blom ada lagi rasanya org yg berani kata dia bersedia nak mati~
By abrar on Jun 7, 2008 | Reply
betul tu deen..kita perlulah selalu muhasabah diri..
By adawiyah on Jul 24, 2008 | Reply
ya…perbayakkan amalan..kuatkanlah diriku ya allah…….
By abrar on Jul 25, 2008 | Reply
andai masa diputar kembali tentu musnah dunia ini dan kosonglah isi neraka..