luahan di tengah malam part 1
Sunday, July 27th, 2008seringkali fikiran kita melayang jauh tika bersendirian.pelbagai perasaan mula sebati dengan diri kita.kecewa,gelisah,murung dan sebagainya kita merasainya.kita hanya duduk sahaja di penjuru bilik dan termenung.mengapa semua ini perlu berlaku kepadaku?Adakah ini yang dikatakan sebagai keadilan?semua itu seringkali mengetuk pintu hati kita.dengan mudah sekali kita membenarkan ia masuk.kia sudah menjemput kemusnahan ke dalam diri kita.
manusia seringkali mengatakan bahawa semua ini sudah fitrah.mereka terlepas pandang suatu perkara mesti ada yang baik dan buruk.Yang manis belum tentu indah dan yang pahit belum tentu yang perit.radikal perlu dalam penyelesaian masalah tapi biar kena tempatnya.tidak semua fitrah itu baik dan sebaliknya.saya bukanlah seorang yang arif tentang permasalahan ini.hanya sekadar berkongsi luahan.Perasaan yang tersimpan di dalam diri perlu dibendung dari mengganas.
dalam diri kita masih ada sifat ganas.dalam erti kata lain kita ada musuh yang menanti untuk menjatuhkan kita.jatuh bangun diri kita yang tentukan.bukan orang lain menentukan.kita bukanlah seperti robot yang dimasukkan input dan taat setia tanpa berfikir.mengapa perlu kita sama dengan orang lain?Andai orang lain ingin ke neraka adakah kita akan terjun bersamanya?kecapi kemanisan dalam kemungkaran.itu yang cuba dibawa dalam hidup kia oleh orang luar.
akan bersambung….maaf ya


