Aug
20
2008
Dpd Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “sesiapa yg meninggalkan pakaian yg indah dgn tujuan merendah diri kpd Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka dpd berbagai-bagai pakaian orang yg beriman. (Attarmidzi: )
Aug
02
2008
Lenguh.Itu sahaja yang mampuku ucapkan.Sebulan dua ini jarang sungguh dapat berehat di ruang tamu.Mesin taip di penjuru sudah berdebu agaknya.Hanya diam memendam rindu yang tiada siap tahu.Najmi sudah lama tidur di pangkuan ibunya.Hanya diriku sahaja malam ini.Sejak kebelakangan masa begitu pantas sekali.kesibukan menyepitkan lagi ruang untukku di rumah.kalau diikutkan hati mahu sahaja membatalkan beberapa program yang dirancang akan tetapi tidak kesampaian.Janji perlu ditunaikan.
mungkin sudah lama tidakku luahkan apa-apa yang terbuku di dalam jiwa ini.semuanya hanya diam membisu di penjuru hati yang gelap.Andai kata tidak dikeluarkan mungkin lebih parah lagi beban yang ditanggung.seringkali sunyi ini mudah sekali membuatkanku teringat sesuatu.Ketika di selatan semenanjung,satu soalan ini menerpa ke dalam fikiranku.satu soalan yang mudah disoal tapi begitu sukar sekali untuk menjawabnya.tiada jawapan yang salah.terpulang kepada kita.soalan itu ialah andai kata diriku tidak dilahirkan ke dunia ini apa yang berlaku kepada masa ini.
tanpaku sedari linangan air mata menitis jatuh.mungkin persoalan itu jarang kita fikirkan.kita seringkali fikir apa-apa yang kita lakukan tiada kaitan dengan orang lain.kita selalu merasakan kewujudan kita ini hanya sementara seperti pengembara.si pengembara akan berhenti bila bekalannya habis.samalah juga hidup kita.apabila ada masalah barulah hendak mencari teman.ketika senang,susah sekali ingin ketemui.ketika di langit ingatlah di bumi.di langit tidak akan selamanya di atas pasti jatuh jua samalah di bumi.andai ada impian di atas jua.
dalam melakukan sesuatu perkara kita selalu inginkan kesempurnaan.akan tetapi bukankah sifat sempurna itu hanya untuk Yang Maha Esa.tidak salah untuk menjadi tidak sempurna.setiap kekurangan itu adalah kelebihan.dalam keadaan yang kita rasakan egitu lemah sekali itulah kekuatan kita.setiap orang berbeza cabaran.tidak salah untuk membandingkan dengan orang lain biarlah kena dengan tempatnya.biar sederhana asal gembira.
maaf ya entri hanya pendek-pendek sahaja.