Aug 02 2008
monologku - persoalan
Lenguh.Itu sahaja yang mampuku ucapkan.Sebulan dua ini jarang sungguh dapat berehat di ruang tamu.Mesin taip di penjuru sudah berdebu agaknya.Hanya diam memendam rindu yang tiada siap tahu.Najmi sudah lama tidur di pangkuan ibunya.Hanya diriku sahaja malam ini.Sejak kebelakangan masa begitu pantas sekali.kesibukan menyepitkan lagi ruang untukku di rumah.kalau diikutkan hati mahu sahaja membatalkan beberapa program yang dirancang akan tetapi tidak kesampaian.Janji perlu ditunaikan.
mungkin sudah lama tidakku luahkan apa-apa yang terbuku di dalam jiwa ini.semuanya hanya diam membisu di penjuru hati yang gelap.Andai kata tidak dikeluarkan mungkin lebih parah lagi beban yang ditanggung.seringkali sunyi ini mudah sekali membuatkanku teringat sesuatu.Ketika di selatan semenanjung,satu soalan ini menerpa ke dalam fikiranku.satu soalan yang mudah disoal tapi begitu sukar sekali untuk menjawabnya.tiada jawapan yang salah.terpulang kepada kita.soalan itu ialah andai kata diriku tidak dilahirkan ke dunia ini apa yang berlaku kepada masa ini.
tanpaku sedari linangan air mata menitis jatuh.mungkin persoalan itu jarang kita fikirkan.kita seringkali fikir apa-apa yang kita lakukan tiada kaitan dengan orang lain.kita selalu merasakan kewujudan kita ini hanya sementara seperti pengembara.si pengembara akan berhenti bila bekalannya habis.samalah juga hidup kita.apabila ada masalah barulah hendak mencari teman.ketika senang,susah sekali ingin ketemui.ketika di langit ingatlah di bumi.di langit tidak akan selamanya di atas pasti jatuh jua samalah di bumi.andai ada impian di atas jua.
dalam melakukan sesuatu perkara kita selalu inginkan kesempurnaan.akan tetapi bukankah sifat sempurna itu hanya untuk Yang Maha Esa.tidak salah untuk menjadi tidak sempurna.setiap kekurangan itu adalah kelebihan.dalam keadaan yang kita rasakan egitu lemah sekali itulah kekuatan kita.setiap orang berbeza cabaran.tidak salah untuk membandingkan dengan orang lain biarlah kena dengan tempatnya.biar sederhana asal gembira.
maaf ya entri hanya pendek-pendek sahaja.




tp bkn ke hidup kt dlm dunia ni, kdg2 kita akn dibandingkan ngan org lain n kdg2 kita x kisah dibandingkan ngan org lain tp mesti kdg2 kita sendiri akn terfikir bestnya jdi org tu,n nak menjadi sepeti dia tp x berdaya n kecewa sendiri
memang itu selalunya yang berlaku akan tetapi biarlah sesuai.hidup secara sederhana.ambil yang perlu sahaja..bukankah islam menekankan kesederhanaan..
tp kan pd zaman skrang ni klu kita hidup ngan sederhana x mustahil kita akn ketinggalan…ada sesorg ckp camtu kt sy..apa pendapat awk?
paling pantang jika sengaja dibanding2kan… meruntuhkan keyakinan.. tak adil…
apa2 pun kita tak sedar but we have our own bubble (buih)…
adakalanya kita pilih utk berada di dalam tanpa diganggu tapi ada masanya kita perlu keluar dan bersama org2 lain…
manusia…
asyik2…keluhan jerk nih~
bkn keluhan tp kongsi perasaan.kt sini la medan dia….hu2
deen
nak buat camne..minggu lepas mmg satu minggu yg agak serabut..hehehe
kawaii_desu
betul tu kawaii..perbandingan itu lah yg menyebabkan kemusnahan..cubalah lihat bagaimana hidup Rasullulah.tempat tidur baginda hanyalah pelepah kurma sedangkan kaisar rom tidur di tilam yg empuk..biar hidup sederhana asal bahagia.
adwiyah
kan dah title blog ini dari hati ke blog…hehehehe
kesederhanaan ini mengikis sifat wahan dalam hati kita. sifat wahan adalah sifat cintakan dunia takutkan mati. ISlam berjaya dulu bukanlah disebabkan harta, bukanlah disebabkan kemasyhuran dan bukanlah disebabkan nama besar. Tetapi ia disebabkan kekuatan iman RAsulullah saw dan para sahabat ra. Kita check balik rukun iman kita yang enam itu. Adakah kita benar-benar beriman kepada rukun iman yang enam itu?? Mungkin inilah sebab utama mengapa umat islam semakin mundur.. kembalikan semula kegemilangan ISLAM dengan memperbaiki akhlak dgn menncontohi sikap Rasulullah dan mengikuti ajaran AL-Quran dan Al-Sunnah. insyaALLAH kita takkan mundur..kerana kejayaan dimata ALLAH adalah lebih mulia dari kejayaan di mata manusia yang kita sedia maklum hanyalah bersifat sementara di dunia sahaja. =)
fairuz…maksud awk kita x leh la hidup bersederhana eh?
ataupu sebenarnye terpulang la kat individu tu kle dia ada byk harta pun klu dia hidup sederhana pun..ok gak kan? x gitu?
adawiyah…
hidup bersederhana itu memang elok diamalkan..lihatlah di mana kita berada..jika yang berkemampuan itu cukuplah hanya berbelanja untuk yg perlu..ia bergantung kepada individu.jadikan Rasulullah sebagai role model..selami kehidupan baginda dan amalkan…