Hari ini begitu nyaman sekali udaranya.dedaunan yang berguguran ke bumi menghiasi suasana taman.Dahan-dahan pohon meliuk dengan hembusan lembut sang bayu seolah-olah menyapaku.Dalam menikmati keindahan alam,hatiku diketuk persoalan.Mie ada di mana?Sunyi sahaja.Biasanya kesunyian ini sudah lama dihalau hilai-tawanya bemain di anjung rumah.pelik.

Mie,buat apa tu?

Tiada jawapan.Lama juga kutunggu akan tetapi tiada sebarang respon.hatiku terus dilanda kebimbangan lantas ke dapur.sebelum sempat kakiku melangkah,ada susuk kecil memelukku dari belakang.

Selamat Hari jadi ayah!ucap Mie.

Eh,mana Mie tahu hari ni hari lahir ayah?Siapa beritahu?

Mak yang beritahu Mie semalam.

Oo.Mak yang beritahu la ni.Mie,ucapan Selamat Hari Jadi tu salah tapi yang sebetulnya selamat ulang tahun kelahiran.

Mengapa ayah?

Hari jadi tu kiranya ayah baru lahir hari ini sedangkan ayah dah 50 tahun sekarang ni.

Oo.Baru Mie faham.

Tanpaku sedari umurku telah meningkat lagi.Masa yang berlalu tidak mugkin kembali lagi.Kita tidak tahu tiba masanya jantung terhenti,harta yag dikumpul akan ditinggalkan,amalan yang yang dilakukan sudah tidak dapat dikerjakan,dan sebagainya.Umur yang masih berbaki ini haruslah digunakan dengan sebaiknya.Dunia hanya persinggahan.kita musafir di alam ini,kita hanya akan bermastautin di syurga atau neraka berdasarkan amalan yang dibuat.

Ramai yang menyangka maut hanya sampai pada umur subsidi iaitu selepas 63 tahun.Tanggapan itu salah kerana bayi yang masih dalam kandungan sudah ditarik nyawanya.Dalam ruang masa yang masih ada ini,manfaat ia sebaiknya.

baru sahaja menjengah umur 22 tahun di tahun baru