Sejak kebelakangan ini pelbagai masalah datang mendugaku.Penulisanku terpaksa dihentikan dalam menyambut kunjungan masalah yang tidak putus-putus mengganggu kehidupanku.Andai ada sahaja ruang dan ketika mereka akan terjah.Televisyen jarang benar ditonton mungkin disebabkan pelbagai kelakuan domba dan hasutan mudah sahaja mengisi tiap detik semasa siarannya.Bercerai kasih sudah menjadi perkara biasa.Pasangan diperlakukan seperti pakaian sudah jemu tukar lain.Masa berkasih,segalanya dipuja dan ditantang dengan penuh cermat dan apabila hilang sinar kasih mulalah beralih arah.Diriku sudah jelik melihat semua ini.Kalau begini kisahnya apa gunanya wang yang digunakan semasa menjadi “raja untuk sehari”?Pembaziran?Tepuk iman tanya amal.

Sebulan dua ini,bau kelembapan memang kuat.Boleh dikatakan setiap hari pancaran sang mentari tidak bisa sampai ke bumi.Kerisauan mula memuncak kerana air makin hampir dengan rumahku.hanya doa yang dipanjatkan sebagai benteng kerisauan.Dalam gelora keresahan dilambung tinggi ini,kisah tanah runtuh mula menyesakkan dada-dada berita.Segala macam mimik manusia disiarkan.Histeria,kesyukuran,hilang arah dan sebagainya.paling tidakku tahan adalah manusia yang tidak tahu untung apabila merayu-rayu bantuan lebih dari diberi.Pertolongan si petugas dibalas makian dan tomahan.Baru diduga sedemikian sudah hilang kemanusiaannya.Bersyukurlah kerana nyawa masih lagi belum bercerai dari jasad.

Segalanya berlaku apabila kuasa Tuhan tidak lagi diambil peduli.Tamak haloba menjadi “tuhan” mereka.Wang yang disuap masuk ke kocek sendiri menyebabkan nyawa yang tidak berdosa sudah tidak berharga lagi.Di mana kemanusiaan,moral, dan agama?Sudah diperingatkan jangan melanggar hukum alam akan tetapi diendahkan dengan gelapnya mata-mata manusia tamak haloba.

Itu belum lagi dihantar tsunami,puting beliung atau bencana alam yang lain.Jika ada,entahlah apa reaksi mereka.