sejak akhir-akhir ini,saya mula dilanda seribu satu rasa.persoalan masa depan,persahabatan dan macam-macam lagi.Persoalan-persoalan seperti ini selalu sahaja hampir memadamkan semangat saya untuk terus menulis.maaf jika saya beremosi ketika ini.

sekarang,saya rasakan daya tolakan untuk saya terus menulis makin perlahan.saya tidak tahu puncanya.Untuk mencari puncanya jauh sekali menemui permulaannya.adakah blog ini akan berkubur ketika usianya baru 1 tahun 5 bulan?

Adakah perasaan sedih yang menumpulkan penulisan saya?Maklumlah ramai sahabat saya sudah hampir menamatkan pengajian.detik-detik bersama makin suntuk.Tawa mesra sudah sebati.Susah senang sudah mengerti.ketika skrol sudah di tangan dan perkerjaan melambai-lambai untuk dipeluk mesra,saya hanya terpencil di sini.

adakah blog ini akan terus menerima coretan daripada saya kelak?persoalan tentang hati dan blog akan bersama menongkah alam maya ini tidak ada jawapan pasti untuk ditentukan.sayu rasanya untuk melafaznya bahawa blog ini akan berada dalam mode hibernasi.Hibernasi mencari kembali hala tuju kehidupan.ruangan diariku adalah perjalanan hidup saya seharian yang dicatatkan di twitter. bolehlah ikuti saya di sana twitter

Selamat tinggal sahabatku,blog.saya akan merinduimu.