RTM?Ini bukan radio televisyen malaysia tapi rehat,tidur,makan
sekarang memang kegawatan ekonomi.Banyak kilang sudah memberhentikan pekerjaannya untuk menampung kos pengurusan.Rata-rata sudah menjadi penanam anggur di belakang rumah.Bagi yang hendak graduasi nanti makin kecut perut,mana tidaknya pengalaman berkerja tiada.Hanya harapkan segulung skrol di tangan.Berbekalkan dengan segulung skrol ditangan,pergi temuduga.Keluar je dari bilik temuduga, muka pucat macam baru je terima hukuman mati.
Macam biasa,entri di blog banyak berkisar di ruang makan,restoran atau kafe.di situ modal saya.Semua pengusaha kafe sudah kenal saya.Sambil beli makanan,pakcik tu mulalah buka cerita pasal anak dia.Dah 5 tahun menggangur.Ada master tu.Dia mempersoalkan budak-budak U,kalau dah sampai peringkat tinggi macam mana?
soalan itu adalah modal untuk entri ni.Di U bukan saja untuk segulung ijazah tetapi tempat untuk mengambil sebanyak yang mungkin pengalaman.cuba kita tengok kaum lain,lepas SPM atau STPM mereka kerja dulu.Masuk tentera,syarikat yang di bawah kerajaan.Bila dah ada jawatan,baru sambung belajar.Separuh gaji masuk tiap-tiap bulan masa sambung belajar.Ibubapa duduk goyang kaki je.Yuran dah ditanggung.
Saya yang belum graduasi ni pun tengah pening.Macam mana nanti kalau saya tamat belajar nanti.Takkan jadi pekerja RTM sepenuh masa.sama seperti yang berkaki empat.saya cadang memang nak masuk ke bidang perguruan.Minat saya ke situ.
Saya memang tidak bernasib baik dengan ujian.Asyik sangkut je.Time ajar orang memang mantap.Alih-alih member saya yang grad dulu..huhuhu.Ada hikmahnya saya extend ni.
8 Responses
BasicCX
March 3rd, 2009 at 6:12 pm
1Salam,
Memang ada hikmah pun…
Bila keluar nanti jadilah usahawan! Saya tunggu di dunia usahawan ye!
Jaws
March 3rd, 2009 at 6:56 pm
2jangan pening bro..
terima seadanya apa yg kita ada..
kita tak boleh mengubah masa kini dan masa lampau..
yg dah berlaku tetap berlaku..
tapi kita boleh ubah masa depan..
bagaimana nak ubah masa depan?
tindakan kita hari ini akan menentukan masa depan kita..
so, bertindaklah..
aku juga seorg pelajar dalam engineering..
tapi aku tak mengharapkan kerja sebgi engineer sebb aku tau cabaran masa depan macam mana..
so, aku cari jalan lain..
padahal result aku bagus jer..
hehe..(sekadar berkongsi..)
bertindak sekarang..jgn tggu esok..
kita ubah sekarang..
abrar
March 3rd, 2009 at 11:33 pm
3BsicCX - insyaallah saya join usahawan tapi sebagai part time je..lebih ke perguruan
Jaws -memang betul.kita kena cari jalan alternatif.masa depan suatu yang belum pasti
Azman Ishak
March 5th, 2009 at 12:03 am
4erm.. bile citer pasal study… teringat plak
rentetan study aku dulu. Time aku blejar… aku dibiaya
penuh oleh kerajaan (sorry tak bleh bg taw kenapa)
untuk satu projek khas… tapi syukur la.. walaupon
sampai tahap diploma jer. kire ok la tuh kan dari tadek langsung.
tapi tekanan bile belajar subject yang aku minat selama ni
merupakan killer subject untuk diri aku. iaitu ELECTRONIC
huhuhu… tapi aku gagahkan jugak walaupon terpaksa
extend sehelai dua paper.
memula tuh memang dah macam defap. tapi bile mengenangkan
balik peristiwa tuh… menyesal aku tak belajar lagi. Kalau tak
mungkin sekarang ni dah peringkat master. Tapi macam yang nko
cakap gak.. mungkin ade hikmah disebalik kejadian.
walaumacam mane pon… aku rase aku akan sambung balik
pengajian aku setelah aku dah betoi-betoi yakin nanti. susah la
sekarang ni kalau hidup setakat berlapikkan diploma.
nak angkat telepon (receptionis) pon nak kene ade ijazah
sekurang-kurangnye… haprak sungguh la requirement
kerja sekarang ni.
so kepada sesapa yang masih belajar… hargai la apa yang
mak ayah kasik… duit PTPTN yang nkorang dapat tuh. jangan
le membazir dengan membeli hanpone baru untuk setiap
semester… tadek makne semua tuh. hahaha~
abrar
March 5th, 2009 at 12:21 am
5memang nak sambung balik belajar tapi masa jadi cikgu nanti..takdalah nak beban mak bapak..diorang juga nak ke tanah suci..
adol
March 6th, 2009 at 11:40 am
6betul2… aku setuju dengan korang semua… semuanya telah di tentukan yg maha esa….
!x0r@
March 20th, 2009 at 2:29 am
7Oh, tak terfikir pulak RTM tu rehat tidur makan. hahhaa
hmm.. saya ni lagi la susah hati.. dah la tinggal lagu 2 bulan je nk grad. pening gak pikir mana nk cari kerja nnt..
!x0r@
March 20th, 2009 at 2:30 am
8aiseh, salah taip pulak!
*tinggal lagi 2 bulan..
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply
Tentang penulis

Nama diberi Abrar Bin Chek Teh.Sudah bernafas di dunia ini selama 22 tahun.Pelajar ijazah di USM dalam bidang fizik.arkib
Categories
Penaja Blog
Blogroll
rangkaian
BlOg FoR MuSiCFr3ak
komen
terkini
RSS FEED - Dapatkan blog percuma - BloggingPro theme by: Design Disease