Dalam bahang peperiksaan yang makin sejuk di usm,Saya masih lagi ada dua paper lagi untuk dihabiskan.Lepas 30hb banyak sudah rakan saya mula meninggalkan kampus ini untuk mengejar impian masing-masing.Saya masih lagi di sini.
Dalam senggang waktu yang ada ini,saya terfikir untuk membuat satu cerita yang masih belum ada nama atau cerita tanpa nama.Serpihan idea terlalu banyak sehinggakan saya buntu hendak mencantumnya.Boleh dikatakan satu idea yang keluar boleh jadi satu bab.Saya tidak pasti cerita ini jadi novel atau cerpen.
Serpihan idea terus datang tapi penyambung setiap cerita masih lagi tidak ditemui.Ada sebarang cadangan?
Di bawah ini saya selitkan salah satu serpihan idea.
Terlontar kembali ingatanku ke masa silam,masa kecilku yang tidak mengerti resam kehidupan. setiap hariku rasakan seperti hari Ahad. Perang kecil di kampung sudah biasa.Kesakitan ditembak putik bunga jambu sudah biasa di badanku.Senapang bambu masih lagi ditangan ketika dikejar musuh. derasnya adranelinku hanya tuhan sahaja yang tahu.Hanya ini sahaja yang mampu mengembirakan hati kecil anak desa ketika itu.Tiada mainan elektronik yang mahal untuk ditatap yang hanya layak di sebalik cermin jernih di kedai.
Aku bersyukur hidup aku sebegitu.Lingkaran materialistik tidak mengenggam erat diriku.Andai aku tercampak ke kawasan yang terpencil dan jauh dari kemajuan,aku tidak kisah untuk terus melangkah.Biarlah sandiwara masyarakat di situ menjadi teman hidupku yang baru.Mundurnya kehidupan tetapi akalnya celik.
Saya juga terfikir untuk mencantumkan monologku ke dalam cerita ini.kalau siap nanti saya berikan.Hehehe.Adeh formal sangat hari ini.
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply