dari hati ke blog?
seringkali terbayang di kepalaku.Blog ini baru sahaja menapak di alam maya ini.Kiranya masih lagi merangkak.Berbalik kepada perkara yang utama.Siapalah manusia yang buat blog ini?Dah kahwin ke?Duduk mana?lelaki ke perempuan?
ok semua itu akanku jawab di sini
nama diberi oleh ibubapaku ialah Abrar Bin Chek Teh.Abrar di sini bermaksud orang yang kuat melakukan kebajikan atau melakukan ibadah.Mula bernafas ketika hari mula menjengah 1 januari 1987.jika diikutkan cerita ibuku,diri ini lahir pada 31 disember 1986 akan tetapi didaftarkan secara lewat oleh ibuku.Begitu jauh sekali pandangan ibuku.kalau tidak bertambah tua la diri ini.Hehehhe
Ketika berumur 5 tahun,diri ini sudah dihantar ke rumah keluarga angkat.Tidak jauh dari rumahku.Cuma sepelaungan.hehehhe.Ibu dan bapaku berkerja dan abang-abangku bersekolah.Siapalah hendak menjagaku di rumah.Di rumah keluarga angkat,diri ini diajarkan dengan pelbagai ilmu dunia dan akhirat.Satu fakta yang menarik buat diriku,semasa kecil diri ini tidak peah berbicara atau pelat orang kampung katakan.Ku hanya mampu untuk menyebut perkataan sekerat sahaja.
Alam persekolahanku:sekolah kebangsaan Changkat Chermin,SMK raja Permaisuri Bainun,Ipoh(Sempat 4 bula je),Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh(Dari form 1 hingga form 5.Banyak mengajarku erti kehidupan) KMPP(kolej matrikulasi pulau pinang) dan last sekali di USM di penang.
Dah kahwin?Jawapanku belum.Masih lagi bujang dan boleh didapatkan di pasaran.hehehhe..baru sahaja hatinya terluka dek seorang insan bernama perempuan.Cinta tidak kesampaian.Cinta yang terhenti di pertengahan jalan.jarak jauh katakan.Moralnya,jangan bercinta jarak jauh.Jodoh itu tidak jauh dari kita.
sekarang ini sudah berumur 21 tahun.Di USM,sudah jatuh cinta dengan fizik.(jangan salah faham lak.Di sini,diri ini mengambil ijazah sarjana muda dalam sains fizik)
Untuk mejernihkan segala kekusutan sahabat sekalian.diri ini sekarang mula berkarya dengan menulis cerita pendek.Cerita yang berlatarkan kehidupanku sebagai Ayah atau Im kepada keluargaku.Diulang!Si penulis masih lagi bujang.cerita yang bersifat kekeluargaan buat renungan.bertazkirah sambil bercerita.itu tujuanku.Hargailah karya buatanku.
si penulis boleh dihubungi di YM:cuak_team
sebarang komen dan penambahbaikkan boleh diberi kepada penulis.Si penulis masih lagi kurang ilmunya dalam dunia maya ini.Salam
Dari hati ke blog


