Penat rasanya hari ini buat badanku yang sudah berusia ini.Begitu sibuk sekali diriku.Tidak terkejarku masa yang berlalu pantas.sepantas kehidupan kita.setiap detik tidak kembali.Andai kata manusia boleh mebolak-balik masa,ranaplah dunia ini.Maka tiada lagi prosa sesiapa yang tidak belajar dari sejarah bakal akan mengulanginya.Hilanglah perisa kehidupan yang dirasa.Tiada lagi kenangan pahit.Yang tinggal hanya manis.Manis yang tiada erti.
Begitu kusut sekali pemikiranku hari ini.Buntu sekali.Teman-temanku diam di tempatnya.Tidak terusik.Maafkanku teman.Biar diriku bersendirian sebentar.Diri ini perlu menjernihkan perkara yang sudah keruh di hatiku.Ku berfikir.Masih lagi buntu.Ya Allah,berikanku jalan keluar dari kebuntuan ini.Berikanku ketenangan agar kerunsingan di hati ini pergi jauh dari hati kecil ini.Diriku kembali tenang tatkala bunyi air mengalir mengetuk gegendang telingaku.Lantas diriku berfikir.
Fikiranku mula melayang jauh.Jauh ke masa silam ketika diriku masih lagi di alam persekolahan.Perbualan diriku dengan guru fizikku.
“Im,mari sini sekejap.”
“Ada apa cikgu?”
“Cikgu nak tunjukkan sesuatu yang best.Nak tak?”
“Nak.Nak.Cepatlah cikgu.Im dah tak sabar nak tengok ni.”
“Ok.Ok.cikgu nak tunjuk ni.Cuba tengok gambar ni.”
“Gambar apa ni cikgu?”
“Ini gambar struktur molekul air zam-zam yang sudah dibekukan.Cuba tengok gambar yang ini pula.”
“Waa.Hodohnya struktur molekul ini.Yang ni gambar molekul mana?”
“Yang ini molekul air yang dibekukan setelah didengarkan dengan muzik rock.Jauh bezakan strukturnya?”
“Ya.memang jauh bezanya.Sebab apa cikgu tunjukkan gambar ni?”
“Cikgu cuma hendak mengaitkan amalan masyarakat kita pada malam Juamat iaitu meletakkan air ketika bacaan Yassin dijalankan.”
“Apa kaitannya cikgu?”
“Seperti yang kita tahu,molekul-molekul setiap objek bergetar.Bergetar pada kadar yang ditetapkan.Jika kita perhatikan kepada struktur air zam-zam,strukturnya begitu halus dan cantik sekali.Ini disebabkan bacaan doa seluruh umat Islam tertumpu ke Makkah tempat asalnya Air Zam-zam.Doa-doa yang sampai kepadanya berfrekuensi harmoni dengan getaran atom-atom Air Zam-zam.Hasilnya pemecahan ikatan antara molekul berlaku dengan berkesannya.”
“Yang strukturnya didengarkan dengan muzik rock macam mana?”
“Yang ini pula,muzik rock sifatnya keras.Berfrekuensi tinggi.secara tidak langsung memaksa molekul untuk memutuskan ikatan secara paksa.Hasilnya satu struktur yang tidak cantik untuk dipandang.”
“Ooo.begitu rupanya.Baru Im faham.”
“Selain itu,cikgu nak sampaikan perkara lain.Yang tadi itu secara sainstifik.Yang ini secara akidah.Kadang-kala kita sering rungsing dengan pelbagai masalah yang datang.tidak kisah kecil atau besarnya sesuatu masalah itu sudah cukup membuatkan kita gelisah.mengapa tidak kita contohi sifat air.”
“macam mana tu cikgu?”
“Seperti mana kita tahu,air tiada bentuk yang tetap.bentuknya ditentukan oleh bekas yang diisinya.Kalau petak,petaklah ia.Kalau bulat,bulatlah dia.Di sini,cikgu bukan nak mengajar kimia tapi sekadar memberi analogi.Setiap orang duduk dalam suasana yang berbeza.Berbeza acuan.Untuk menjadi bentuk acuan itu,kita perlu berubah mengikut acuan itu.”
“Kiranya kita perlu sesuaikan diri kita dengan persekitaran kita.betul tak cikgu?”
“Betul tu Im.Harus diingat bahawa bukan semua acuan elok diikut.Ada acuan yang akan memakan diri kita.kita akan melekat di acuannya.Susah untuk kita keluar darinya.”
“Baiklah cikgu,kita sambung lagi perbincangan kita nanti.Im ada kelas ni.Karang mengamuk pula Cikgu Zainudin.Dia cukup pantang orang yang datang lambat ke kelasnya.Terima kasih cikgu berkongsi info dengan saya.”
“Sama-sama Im.Cikgu sekadar berkongsi ilmu di dada.Ilmu yang dikongsi akan bertambah dan akan berkurang jika tidak dikongsikan.Dah.pergi kelas tu.”
“Ok.Ok.Assalamualaikum cikgu.”
“Waalaikumsalam.”
Cikgu Jamil,insan yang banyak membuka mindaku di sekolah dahulu.Di manakah dirimu sekarang? Anak muridmu ini sangat merinduimu.Rindukan kepada perbincangan ilmiah yang membuka minda.Diriku kini sudah tenang.Setenang air yang mengalir perlahan di taman.