Apr
14th

jom baca - perjalanan hidup ini

Files under diari kehidupan | 5 Comments

Musim hujan mula melanda pantai timur Semenanjung Malaysia dan kawasan rumah sewa kami ini tidak pula ketinggalan. Namun, alhamdulillah kami masih lagi mampu ke kuliah, satu tanggungjawab utama kami dihantar ke sini, keluar membeli peralatan seharian dan aktiviti rutin yang lain juga tidak terjejas. Segalanya telah di atur oleh Allah s.w.t.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja aku teringat orang tua di kampung. Lama juga aku tak menjengah mereka. Namun cukuplah aku tahu bahawa mereka berdua sihat sejahtera, kurniaan Allah s.w.t. Aku balik selalu pun takkannya dialu-alukan oleh mereka kerana apa yang mereka mahu aku menumpukan perhatian kepada pelajaran di sini namun jauh di sudut hati, aku tahu mereka gembira dengan kepulanganku walaupun luarannya mereka tidak menunjukkan reaksi sebegitu. Aku bangga menjadi anak kalian ibu bapaku. Walaupun dahulunya aku masih ingat lagi kita sekeluarga ini tidaklah semewah orang lain namun aku bersyukur atas segala-galanya. Kesusahan itulah menyedarkan kita perlunya perubahan dan untuk perubahan perlunya ada usaha.

Ibu adalah wanita yang paling kukagumi.. masih teringat lagi waktu aku di tingkatan satu.. berkehendakkan sesuatu tapi ayah dengan tegas menghalangku. Membuatkan hati remaja ini memberontak. Namun kata-kata ibu membuatkan aku dengan mudah mengalah. Aku yang masih sedu-sedan menangis serta-merta berhenti dengan pujukan ibu. Ayah pada waktu itu masih lagi mempraktikkan ketegasannya yang di bawa sewaktu dalam pasukan tentera, walaupun pada masa itu beliau telah meninggalkan pasukan itu. Kami adik beradik ini tiada seorang pun yang berani untuk melawan kata-katanya. Kami ini hidup dengan disiplin yang ayah terapkan sejak kecil lagi.

Ibu itu wataknya tidak banyak bercakap. Tidak pula pandai mengambil hati persekitaran. Yang ada hanyalah sikap diri sendiri yang seadanya. Namun entah mengapa nenek menyayangi ibu melebihi menantunya yang lain. Ibu sendiri tidak tahu sehingga ada seseorang memberitahunya selepas kepulangan nenek ke rahmatullah. Terlalu banyak yang nenek luahkan kepada mereka tentang ibu. Patutlah selama ini rumah kami yang sering menjadi kunjungannya walaupun kami ini bukanlah kaya dengan kebendaan untuk di persembahkan kepada nenek. Namun rumah kami ini seperti rumah keduanya. Ibu sendiri tidak tahu mengapa apabila aku selalu bertanyakan perkara ini dahulu.

Akrabnya ibu dengan nenek pastinya menjadi perkataan orang lain. Tapi ibu buat tak dengar je dengan itu semua. Perkara kecil katanya. Banyak lagi benda lain yang nak di buat selain dari mendengar perkataan orang yang tak berfaedah. Dalam pada itu, kesabaran ibu di uji dengan gelombang yang melanda rumahtangganya. Kebahagiaan keluarga kami ini ada serangga perosak rupanya. Ada insan yang mencemburui kebahagiaan kami. Tak pernah di sedari ibu, jiran yang selama ini dianggap rakan baik yang berkongsi cerita dan kegembiraan telah menjadi duri dalam daging. Aku sendiri tidak redha jika ada insan lain selain ibu yang bertakhta di hati ayah. Tidak sama sekali! Dari peristiwa itu, aku telah mendapat satu theory. Betapa dalam hidup ini rupa-rupanya tiada siapa yang boleh di percayai dan adakalanya diri sendiri pun turut sama tertipu.

(more…)

Apr
8th

cinta?

Mungkin ada yang pernah membacanya di mana-mana forum atau blog.sekadar untuk berkongsi

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuahbangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :

“Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Apr
1st

jom baca - tulip mekar di Edinburg

Files under diari kehidupan | 9 Comments

Selamat membaca..Layan jiwang pula.hehehe

Sufian duduk di sisi Aina sehingga bahu mereka bersentuhan. Aina tunduk. Rambutnya yang hitam berjuntaian menutupi muka. Angin berlari-lari di padang memaksa dedaun pohon meliuk-liuk menari. Aroma Calvin Klein kegemarannya begitu menusuk hidung. Aina kelihatan ayu berbaju kurung moden berbunga kecil warna hijau pucuk pisang manakala begitu ringkas mengenakan kemeja hitam dan bermuda coklat yang menampakkan susuk badannya yang agak tegap.

“Aina, cuba lihat burung itu,” kata Sufian. Aina mendongak pada seekor burung kecil yang bertenggek di atas sebatang kayu reput di pinggir tasik. “Tadi mereka sama-sama terbang, tapi bila suatu ketika mereka akan berpisah dan membawa hala tuju masing-masing,” kata Sufian dengan penuh makna. Sebatang ranting kecil pohon cemara tempat mereka berteduh jatuh di hujung kasutnya. Tangan kasarnya pantas mencapai, mematah-matahkan ranting kecil itu dan mengeluh perlahan.

“Kalau Aina pergi, Sufian hanya akan bersahabat dengan burung itu sahaja. Lebih baik memilih burung comel itu sebagai teman, manusia tidak setia sepertinya,” kata Sufian perlahan, kemudian menyambung, “Aina, awak mesti ingat, Emily yang bertemankan burung kerana kecewa dengan Afiq kekasihnya sendiri. Aina ingat novel tu?”

Novel yang tiba petang 29 Mei lalu, dibungkus dengan kertas berkilat merah jambu, berikat reben kecil putih dengan ikatan buku sila, kembali terpampang dalam ingatan Aina. Hadiah hari lahirnya yang ke-17. Usia yang masih muda bagi orang zaman siber ini. Aina mengerutkan kening sambil mengusap rambutnya yang meremang ditiup bayu laut. Kata-kata Sufian terus menikam gegendang telinganya. Dia yang faham apa yang tersirat di hati Sufian cuma membatukan dirinya tanpa menjawab walaupun sepatah.

Sufian berdiri lalu menarik nafas dalam-dalam, seperti mengumpulkan seluruh kekuatan dan menenggelamkan segerombolan debar ke dalam lautan perasaannya. “Masa begitu pantas Sufian, dan Aina seakan tidak percaya kita akan berpisah tidak lama lagi.” “Aina tidak pernah menjanjikan apa-apa di dalam hubungan kita, Aina hanya mampu menjanjikan kesetiaan,” janji Aina sambil menahan sebak.

Wajah Sufian sedikit bergelombang apabila mendengar kata-kata Aina, seperti air tasik yang beriak perlahan bila sehelai daun kering menimpanya tapi cepat-cepat ia tenang kembali. Tapi dalam diri ada ombak yang menderu dan menghempas pantai perasaannya. Dan Sufian masih menunggu kata-kata yang jatuh dari bibir Aina. Kata-kata yang memberinya harapan. Akhirnya dia mengeluh dan berkata perlahan. “Aina memberikan harapan tetapi mematikannya dengan diammu,” kata Sufian sambil memusingkan badannya ke arahku. Ah, lima tahun bukannya lama. Lagipun, dalam kehidupan yang serba pantas dan sarat dengan pelbagai agenda ini, waktu beredar bak ribut. Aku faham perasaan Sufian yang tidak sanggup kehilanganku walaupun sesaat kerana aku dan Sufian telah berkenalan sejak tingkatan tiga lagi.

(more…)

Mar
28th

monologku lagu alam

Files under luahan | 6 Comments

Sedang asyikku menikmati keindahan alam di luar rumah,Najmi menghampiriku.

“Ayah buat apa kat luar ni?”

“Ayah saja nak duduk berehat kat luar ni.sesak nafas duduk kat dalam rumah.”

“Erm..Mie selalu tengok ayah duduk termenung je kat sini.Ayah tak boring ke?”

“Tak adalah mie.Ayah suka duduk kat sini.Aman dan amat menyegarkan.Cuba mie duduk sini.Apa mie dengar?”

“Erm..bunyi burung,air terjun, dan memacam lagi.mengapa ayah tanya mie soalan ni?”

“Adalah..rasa best tak duduk kat sini?”

“Best..Mie rasa tak tension.rasa nak duduk lama kat sini.Mengapa ya?”

“Mie suka dengar lagu nasyid kan?”

“Ha’ah.Mie suka sangat.Tambah lagi kalau dari kumpulan Firdaus”

“Macam tu juga alam ini.Alam ini ada lagunya.Bezanya kita tidak memahaminya.Setiap bunyi alam yang kita dengar itu adalah zikir kepada Allah.”

“Zikir?Macam mana tu ayah?Mie tak fahamlah.Cuba ayah terangkan.”

“Begini Mie.Lepas solat,kita rasa tenang atau tension?”

“Erm..rasa macam tak ada masalah.tak tension.”

“Begitulah alam ini.Setiap benda di alam ini berzikir kepada Allah.Bunyi alam yang kita dengar ini adalah lagu kepada roh kita.Roh kita ini suka kepada zikir.Itulah alasannya kita rasa tenang bila kita duduk di sini.Samalah macam kita lepas solat.Lepas solat kita wirid dan zikir kepada-Nya.Habis wirid,Kita rasa tenang je.Sambil itu dengan melihat alam, kita lebih dekat Allah.Bila kita nak buat salah atau dosa,kita renung sekeliling.Ada batu.Batu tu sedang berzikir.Nak ke kita buat dosa depan dia? Samalah macam orang tengah dengar ceramah,tiba-tiba ada orang nak kencing kat situ.Malu tak orang yang nak kencing tu? “

“Oo..begitu rupanya.Baru mie faham.”