Jul
5th

renungan sebentar

Files under islamic | 4 Comments

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun… Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya…” Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik…

Jun
6th

monologku - masa

Files under luahan | 2 Comments

Tanpa kusedari pantas sekali masa pergi meninggalkanku.memang benar apa yang dikatakan oleh Imam Al-Ghazali yang jauh itu masa.dunia yang kulihat dulu sudah berubah.semalam dan hari ini sudah berbeza.Hanya diriku sahaja yang tidak pernah merasakan perubahan.Masakan tidak,kita seringkali hidup dalam zon selesa.Tiada apa yang yang merisaukan.masalah kecil umpama syiling 1 sen yang dilupuskan nilainya.barangkali hanya akan di temui di muzium kelak.Siapa tahu..

seringkali kita melihat orang lain menyambut ulangtahun kelahiran dengan meriahnya.kebiasaannya doa mohon keberkatan dan panjang umur selalu dipanjatkan.konon-kononnya nak bertaubat di kemudian hari.maklumlah dosa yang dilakukan belum lagi dilangsaikan dengan taubat yang sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha.tapi sedarkah kita bayi yang baru ditiupkan roh sudah direntap nyawanya apatah lagi kita yang dewasa ini.
(more…)

May
21st

monologku - sayang

Files under luahan | 5 Comments

Deruman air terjun Ulu Kenas menggamit rasa.Pepohon hijau tumbuh meliar menjadi penahan terik sang mentari.Hanya beberapa jalurnya mencuri masuk menyapa lantai hutan.Damai sekali di hati.Mie sedang seronok bermain di gigi air.Takut katanya maklumlah masih belum boleh berenang.isteriku dan Najwa hanya bersantai di atas batu bersama makanan.

Bukan selalu kami dapat bercuti seperti ini.Masing-masing sibuk dengan urusan harian.Najwa pula jarang-jarang pulang ke rumah disebabkan pelbagai aktiviti di universiti.Seperti mereka juga, diriku hanya duduk di atas batu yang tersusun secara semulajadi.Kakiku dibiarkan terendam di dalam air.Memang menyamankan.Dalam ketenangan itu,waspada masih menebal.Bimbang jika berlaku apa-apa kepada si kecil.Maklumlah malang tidak berbau.

“Ayah”

Tiba-tiba najwa menegurku.

“Ada apa Najwa?”
(more…)

May
15th

mimpi…

Files under islamic | 2 Comments

“Ayah!cepat lari.Mereka sudah dekat dengan kita.”
“Man!Pergi dulu.Ayah tak larat dah ni.”
“Mari Man gendong ayah.Mereka dah dekat sangat ni.”

Diriku terus mengendong ayah di belakangku.Desiran peluru tanpa mata sudah tidak mengenal musuh atau kawan.Kugagahi berlari di sebalik runtuhan bangunan.Kami perlu segera sampai ke kem pelarian.Itu sahaja tempat perlindungan buat masa ini.300 meter lagi.Larianku main ligat.Tiba-tiba,sebutir peluru sesat hinggap di betisku.Cuma Allah sahaja yang tahu kesakitannya.Ia mula menjalar ke sarafku.Otot-ototku mula hilang kekuatannya.Darah merah mula mengalir deras.

“Man,tinggalkan ayah di sini.Selamatkan nyawamu!”
“Tidak,Man takkan tinggalkan Ayah!Sikit lagi nak sampai kem.Bertahan ayah.”

Bunyi detuman kereta kebal semakin hampir.Hujan peluru semakin lebat menghujani suasana.Dengan khudrat yang ada,kakiku terus melangkah di sebalik runtuhan bangunan.Tidak putus-putus hatiku berdoa agar kami selamat sampai.Lagi beberapa meter lagi memisahkan kami dengan kem.Ketika berlari ke pintu kem,sebutir bom meluncur laju ke arah kami………..

Tidak………….. (more…)

May
9th

kembali

Files under diari | 3 Comments

sekian lama bercuti mencari kembali bahagian diri yang hilang,kini diriku sudah kembali.Kembali mencoret luahan yang sudah lama terhenti.Serpihan yang berselerak sudahku cantum semula.Hanya menanti ia sembuh seeloknya..Biarlah plaster keinsafan kukuh mencengkam luka di dalam jiwa.

Maaf ya sahabat sekalian..diriku baru je kebah dari demam kecewa.Bukan kecewa kerana orang lain tapi dengan diriku.Bukan salah siapa ia berlaku tapi salah diriku sendiri.kini perasaan yang hilang mula rapat dengan hatiku.Sunyi di hati sudah pergi.Biarlah kegembiraan ini mengisi kekosongan itu.

sekarang saya kerja sementara dekat Sahabat Alam Malaysia sementara menanti keputusan exam..hehehhe

Apr
22nd

melangkah pergi

Files under diari | 4 Comments

Kakiku melangkah sunyi di lorong-lorong kehampaan.seretan lemah kakiku mengiringiku.Tiada cahaya menerangi laluan itu.Suram sahaja.Tiada bunyi si pungguk rindukan bulan.Tiada lagu cengkerik pemecah suasana.Kehampaan sudah lama menngambil semua itu dariku.kini yang tinggal di diriku hanya kekosongan.Tangisan kekesalan sudah lama membasahi wajahku.senyum tawa sudah lama menyepi.Kata mereka,sudah tidak sesuai lagi untuk mereka diami lagi.Suram dan tiada cahaya.

Saat ini,diri ini masih lagi dalam kesesatan.Tiada arah.kompas kehidupan sudah lama tidak berfungsi.Terhenti di situ.Bagaikan masa yang dibekukan oleh kekosongan jiwaku. Diriku masih melangkah dalam kegelapan yang nyata.Tersungkur hampa dek dugaan kehidupan.Ku cuba untuk mencantum kembali serpihan diriku tapi gagal.Ada bahagian yang masih belum kutemui.Kini,diriku terus melangkah pergi mencari bahagian yang hilang.Seretan kehampaan mengiringiku pergi

Apr
18th

Lemah sekali

Files under diari | 6 Comments

kadang-kala kita sering mengharapkan sesuatu realiti menjadi ideal.dengan maksud lain menjadi sempurna.ketahuilah bahawa semua itu hanya perancangan kita sahaja.Perancangan yang belum tentu berjaya.Perancangan-Nya mengatasi segala-galanya.

Hidup tanpa dugaan tiada makna.Tiada kemanisannya.Ketenangan kita yang cuba kita capai bukannya selalunya mudah.Penuh onak dan ranjau yang sentiasa menduga kita.Kita seringkali tersungkur di pertengahan jalan.Tapi pernahkah kita merenung kembali sebab apa kita tersungkur sekali lagi.Adakah silap orang lain?Bukan.Semua itu cuma alasan untuk menutup keaiban diri.

Terasa lemah sekali diri ini apabila ditimpakan dengan dugaan yang menggugat keimanan.dugaan yang kecil berbanding para anbia yang penuh derita menanggung dugaan.kita selalu menyalahkan dugaan yang datang itu musibah bukan nikmat.Kita tidak menyedari bahawa dugaan yang datang itu merupakan rahmat buat kita.Sebagai contohnya,sakit.Ketahuilah bahawa ketika sakit setiap dosa kecil yang kita lakukan gugur bagaimana peluh kita menitis jatuh ke bumi.

Maaf ya sahabat.Hari ini merupakan hari yang sangat berat buatku.Lemah tidak bermaya seperti mentol harapan dicabut dari soket kehidupan.Mungkin diri ini akan bersendirian untuk muhasabah diri.Pemergianku untuk 2 bulan ini untuk mencari kembali diriku yang telah lama hilang.sesat dalam kegelapan kehidupan.

Apr
16th

monologku - peperiksaan

Files under luahan | 5 Comments

Sempena minggu peperiksaan di USM..hehehehe

Hujung minggu lepas,anak sulungku pulang ke rumah.Katanya hendak melepaskan tekanan menjelang peperiksaan akhir semester.Lagipun sudah lama tidak pulang ke rumah.

“Najwa,monyok je muka tu ayah tengok dari tadi.Serabut sangat ke?”

“serabut juga ayah.Najwa rasa beban sangat sekarang ni.Banyak lagi yang Najwa tak faham.Makin diulangkaji semakin banyak yang tidak tahunya.Tertekan rasanya.”

“Perkara biasa tu Najwa.Ayah dulu pun begitu.Ayah bukannya budak pandai.Cuma orang biasa.Keputusan pun macam biasa.Apa yang kita usaha itu yang kita dapat.”

“Memanglah.Zaman ayah lain,zaman Najwa pun lain.Zaman ayah mungkin tak banyak kena belajar macam sekarang ni.”

“Siapa kata zaman ayah senang.Rasanya zaman ayah dulu lagi banyak ayah belajar.sudah la masa tu tak ramai yang pandai.Susah hendak mencari bantuannya.”

“Erm..Ayah,Najwa buntu sangatlah sekarang ni.Tu yang Najwa balik rumah.Najwa risaulah dengan peperiksaan ni.Terasa seperti tak dapat nak buat.”

“Mengapa begitu.Tak elok berfikiran seperti tu.Dari hati naik ke fikiran.Hati kacau maka fikiran turut kacau.Najwa dah berusaha kan?”

“Sudah cuba sebaiknya.Tapi,Najwa masih risau kalau persediaan yang Najwa buat ni masih tak cukup.”

“Kalau sudah berusaha tu,letakkan segala keyakinan kepada Allah ketika menjawab soalan nanti.Bukankah Allah maha merancang.Perancangan Allah lebih baik dari perancangan makhluknya.Janganlah mengharap bantuan-Nya jika tidak berusaha.Allah tidak akan meletakkan suatu dugaan kepada hambanya jika tidak mampu ditanggung oleh hambanya.Najwa buntu?Cuba buat begini.Apa kata Najwa baca al-quran atau solat sunat.Ayat-ayat al-quran dapat menenangkan jiwa yang kacau-bilau.Jiwa kita ni sukakan zikir.Solat sunat pula merupakan satu cara melepaskan stress.Kita buntu apabila kita stress.Di sini,solat sunat adalah satu senaman yang terbukti berkesan menghilangkan stress.Bukankah Rasulullah selalu solat sunat 2 rakaat ketika hendak mencari penyelesaian?”

“Betul.Macam mana Najwa boleh lupa tentang ini walhal kawan Najwa ada beritahu dulu.Mana ayah dapat cara ni?”

“kawan ayah juga yang bagi kat ayah.hehehe.”