Tag Archive 'luahan'


Mar 06 2008

Monologku - gelas

Published by abrar under luahan

Hari ini,tergerak hati kecil ini untuk membawa anakku keluar bersiar-siar di taman.Baginya ini hal yang sangat mengembirakan hatinya.Maklumlah sudah lama dia tidak keluar bersamaku.Selama ini dia hanya keluar bertemankan ibunya.Hari ini kebetulan diriku sudah bosan duduk di rumah.Petang ini,ramai sungguh anak-anak kecil bermain di sini.Ibubapa cuma merenung jauh.Sesekali tawa kecil terbit di wajah mereka melihat telatah anak mereka.Najmi sudah lama di buaian.Memang itu yang ditujunya.

Ku cuma melabuhkan diri di perdu pohon.Sungguh nyaman sekali udara di bawahnya.Dengan badan yang sudah berusia ini,tidak mampu rasanya untuk selincah dahulu.Dari jauh ku memerhati dengan teliti Najmi.Maklumlah hati ini tidak mahu kejadian penculikkan berlaku ke atas keluargaku.Tiada ibubapa yang mahu anaknya disakiti termasuklah diriku.Najmi berlari mendapatkanku.

“Ayah,mie dahagalah.Ayah belanja boleh tak?Belanja ABC kat tepi tu”
“Ok.Ayah belanja.Jom”

Jelas terpancar keceriaan di muka anakku.Tiada yang mulia selain membahagiakan orang lain.Ku tinggalkan perdu pohon sebentar.Tangan Najmi ku pegang dengan erat ketika melintas jalan.Sudah tanggungjawabku menjaga keselamatannya.Di gerai,keadaan agak sibuk dengan anak-anak kecil berebut untuk mendapatkan makanan yang dipinta.Pak Ali tidak menang tangan dengan permintaan pelanggan.Sudah lama Pak Ali berniaga di situ.Seingatku,sebelum keluargaku berpindah ke taman ini,gerai Pak Ali Sudah ada di situ.

“Ayah,cepatlah.Mie dah dahaga ni.”

“ok.ok.Ayah nak order ni.Pak Ali,kasi ABC Special dan Teh O ais ya,”pintaku.

“Ok.Siap!”Jawab Pak Ali.

sebentar kemudian,pesananku sampai ke meja.ABC special dan Teh O Ais.Najmi terlebih dahulu menyambar “ABC”nya.Dahaga sangat rasanya.Bersungguh betul anakku memakan ABCnya.Sedang asyikku melayan perasaan,Najmi bertanya kepadaku.

“Mengapa ayah menjadi penulis?Ayah tak minat jadi polis ke?Boleh tembak orang jahat.”

“Ayah dulu ada mohon nak jadi polis.Tapi…”

“Tapi apa ayah?”

“Ayah terlebih berat.heheheh.Najmi,cuba tengok gelas ayah ni.”

“Ada apa dekat gelas ayah?”

“Nampak tak ada air dekat tepi gelas?”

“AAAA.Najmi nampak.Kenapa Ayah?”

“Inilah alasan ayah jadi penulis.Kita ini umpama gelas yang diisikan dengan air.Air itu adalah ilmu yang kita dapat.Dan lebihan air itu adalah amalan kita.”

“Macam mana tu ayah?”

“Macam ni Najmi,ada orang banyak ilmunya tapi tidak tahu untuk menyampaikan ilmunya kepada orang lain.Ilmunya tidak keluar seperti air di dalam gelas ini.Terkurung di dalam gelas.”

“Air yang meleleh keluar tu macam mana?”

“Air yang meleleh keluar itu adalah ilmu yang kita sampaikan kepada orang lain.Ayah menjadi penulis untuk sampaikan ilmu kepada orang lain.Ini sahja yang ayah mampu buat.Nak angkat mesingan,ayah takut.Bunyi tayar lori meletup pun ayah dah takut.Setiap orang ada kelebihannya.Macam ayah,ayah cuma tahu menulis cerita sahaja.Lain orang lain bakatnya.”

“Ooo.Gitu rupanya.”

“ok la Najmi,ibu dah cekak pinggang kat pintu tu.Suruh balik rumah.Jom balik rumah.Ibu masak sedap malam ni.”

“Jom ayah.Mie pun dah lapar ni.”

“Jom.Ayah dukung mie balik.”

setelah membayar harga minuman tadi kepada Pak Ali.Diriku melangkah pulang ke rumah dengan Najmi di belakangku.Diri ini bersyukur kerana diberi peluang untuk bersama dengan anakku.Biarlah nasihat yang kuberi kepadanya akan menjadi pedoman buatnya.

2 responses so far

Mar 02 2008

Dari hati ke blog

Published by abrar under diari

salam buat para pengunjung.Sejak akhir-akhir ini entri yang saya masukkan di sini berunsurkan cerita pendek.Cerita pendek yang telah dibuat ialah monologku sehingga yang terkini adalah mangkuk antik.Bahan yang digarap seperti “mangkuk antik” sebahagian sumbernya datang dari http://yanghakiki.blogspot.com. Entri berkaitan “dakwah bukan jongkang-jongket” dan sebahagian lagi dari artikel pemberian sahabat saya. cerita pendek yang disampaikan merupakan luahan hati ini tentang isu-isu yang melanda masyarakat. saifulislam.com banyak memberi infomasi kepada saya. artikelnya “Berdakwah dengan bercerita” banyak merubah cara saya menulis kini.

Kita lihat sendiri dalam Al-Quran,banyak cerita disampaikan di dalamnya. Setiap cerita yang disampaikan ada unsur dakwah di dalamya.Mendidik sambil bercerita.Di sini saya ingin kongsikan satu laman blog iaitu http://azharahmad.com/blog (terima kasih deennasour). Entri yang dimasukkan memang bagus direnungkan.teratak nurani

Kebanyakan entri yang dimasukkan di situ datangnya dari simpanan artikel di emailnya.selain itu Azhar Ahmad turut menyelitkan cerita seram bersiri.Cerita itu masih lagi tiada penamatnya.Memang menarik untuk dibaca.

Watak yang digunakan di dalam cerita pendek cuma rekaan semata-mata.Cuma watak Lia dalam “buat sahabatku” memang wujud dan kedukaan yang menimpa Lia adalah benar.saya cuma mahu menjernih perkara sebenarnya..Akhir kata,biarlah cerita pendek yang dibuat renungan bersama. Dari hati ke blog

4 responses so far

Mar 02 2008

Mangkuk antik

Published by abrar under luahan

matahari sudah lama terpacak di dada langit.Cahayanya tidak terik dibendung awan yang berarak perlahan.Mungkin si hujan akan menyusul petang ini.Seperti biasa diri ini duduk berkarya bersama sahabat baikku,mesin taip yang usang.Tidak jemu diri ini menggunakannya. kadang-kala diri ini berbual dengannya seperti manusia yang bernyawa.Tap.Tap.Jariku berdansa bersamanya.Ilhamku menjadi iramanya manakala jari-jemariku si penarinya.Begitu asyik sekali hari ini.Ilham tidak jemu melawat mindaku.setelah sekian lama menaip,ku berehat sebentar melepaskan penat.Ku labuhkan pandanganku ke satu sudut rumahku.Di situlah sebuah mangkuk antik diam selama ini menghiasi ruangan itu.

Tatkala melihat mangkuk antik itu,ku teringat satu kisah yang dikirimkan oleh sahabatku,Suhaimi malam tadi.Kisah yang berkaitan dengan mangkuk cantik dan sehelai rambut. Bagiku memang menarik kisah yang disampaikan.Ku tertarik dengan pandangan yang disampaikan oleh Malaikat Jibril AS:

“Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkn diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Kata-kata ini mula membuatkan sel-sel sarafku berkerja menghadam input yang diterima. Diriku pelik dengan manusia yang mengaku dirinya sebagai penegak agama walhal dirinya bertelagah dengan manusia lain.Pertelagahan yang dicetusnya perkara remeh.Perkara yang boleh diselesaikan dengan akal yang diberi.Bagiku manusia sedemikian kaya dengan ilmu tetapi miskin dengan pengalaman.Bukan inginku pukul rata semua orang berilmu dengan pandanganku,cuma ku tujukan kepada pihak segelintir.Ilmunya cukup sempurna akan tetapi amalnya tiada.Samalah seperti pohon tidak berbuah.Diberi baja,disiram secukupnya tapi sayangnya tidak berbuah.Masalah inilah yang mencorak lagi dunia ke kancah kemunduran.Ku akui diri ini cuma pemikir sambilan di kala merenung jauh.Jauh dari manusia.

Manusia sememangnya makhluk lemah berbanding dengan kaum lain yang dicipta-Nya.Mereka merungut,menyumpah,buntu ketika dilanda masalah.Seringkali menyalahkan perkara lain terhadap musibah mereka hadapi.Ku tujukan luahan ini buat penegak agama sekalian.Jangan ada fahaman jongkang-jongkit di dalam diri.Jangan salahkan sesuatu isu atas keburukan yang menimpa.Jangan jadikan alasan perjuangan sebagai alasan kita gagal dalam aspek lain.Ia sepatutnya bergerak seiring dan satu arah.Barulah perjuangan diredhai-Nya.Jika tidak,kita membenarkan diri kita dikuasai sekularisme.Kita sudah kalah sebelum berjuang.Diri ini sedih melihat kawan sendiri bercakaran sesama sendiri,musuh kita cuma senyum sinis di tepi.Sinis mengejek kejahilan kita.

Diriku terus ligat bermonolog.Kenangan lalu muncul lagi.Lantas diriku teringat sahabatku,Syed si panglipur lara.semangatnya begitu membara ketika di universiti.Segala yang mungkar ditegah.Ditegah dengan keras.Tiada kompromi.Tapi,semangatnya tidak kekal.Semangatnya sudah padam dek angin kejahilan.Fahaman jongkang-jongkit meranap segalanya.Yang tinggal cuma kenangannya.Walaupun usaha kita sedikit jika diiring dengan istiqamah,InsyaAllah diberikan keberkatannya.kita tidak dapat syahid seperti pejuang palestin di medan perang,biarlah kita syahid mempertahankan agama di pena.Pena yang lebih tajam dari pedang yang terhunus.

Sahabat karibku sudah memanggilku.Terlalu rindu untuk bersamaku walaupun seketika.KU renung kembali mesin taipku.Sekali lagi jari-jemariku berdansa dengan irama ilham ditemani mesin taipku.Tap.Tap.Tap.

4 responses so far

Feb 29 2008

Buatmu sahabat

Published by abrar under luahan

Di luar masih lagi renyai hujannya.Seperti meratap hal semalam.Hal yang tidak akan datang kembali.Sudah ditakdirkan setiap yang bermula pasti ada noktahnya.Sama ada cepat atau lambat.Sudah ketetapan-Nya.Bau kelembapan udara jelas memenuhi ruangan kamarku.Tempoh hari,sedang asyikku bergembira dengan anakku,Najmi di ruang tamu,satu pesanan ringkas menjengah masuk telefon bimbitku. Continue Reading »

7 responses so far

Feb 27 2008

monologku diteruskan

Published by abrar under luahan

Hari ini,ku berada di rumah.Segala urusan telah ku selesaikan.Ku bersyukur diberikan masa untuk menyelesaikannya.Karyaku yang dipinta sudah dihantar.Lega rasanya dada ini,secerah hari ini.Anakku belum lagi ke sekolah.masih awal lagi.Anakku yang kedua, Najmi sibuk membelek helaian akhbar di meja.Apa yang dicarinya tidakku ketahui.Mungkin mencari ruangan sukan.Tidak sah harinya tidak disantapkan dengan berita sukan.Diriku pula berbeza dengan anak-anakku,lebih gemarkan santapan minda berbentuk kehidupan manusia.

Pantas sunguh masa berlalu,tanpaku sedari aku sudah menjadi ayah kepada 2 orang anakku.Kini tanggungjawab mendidik mereka sudah menjadi tanggungjawabku.Siapa lagi yang mahu mencorakkan mereka jika bukan diriku,ibu bapa mereka.Lahirnya mereka ke dunia ini suci tanpa dosa.Mereka umpama kanvas dan diri ini adalah artisannya.Cantik atau buruknya kanvas itu di tanganku.Kadang-kala diri ini pelik dengan fahaman dosa warisan daripada salah satu agama.Mereka menyatakan setiap manusia yang lahir ke dunia adalah berdosa.Dosanya diwariskan oleh Adam dan Hawa yang ingkar ketika di Syurga Allah.Jika difikirkan secara logik akal,jika kita melakukan kesalahan,adakah orang lain yang dihukum?Sememangnya fahaman itu lari dari kewarasan akal.

Hati ini seringkali hancur ketika menatap realiti masyarakatku.Maksiat sudah menjadi kebiasaan mereka.Kemungkaran sudah sebati dengan darah daging mereka.Masakan tidak,dari kecil lagi sudah disuapkan hasil haram.Setiap darah daging yang tumbuh dari hasil yang haram akan dimamah api neraka.Tidakkah mereka terfikir azab Allah yang Maha menyakitkan?Kepiluan di hati makin ditambah tatkala menatap kisah sedih benih cinta terlarang ditemui tidak bernyawa bukan tempatnya.Tempat yang begitu hina sekali.Mereka tidak bersalah wahai sahabatku.Kalian campakkan sifat kemanusiaan kalian di mana?Di lembah hawa nafsu serakah yang hanya sementara?

Cinta terlarang sudah menjadi trend masyarakatku.Berkepit sana-sini,bersentuhan dengan bukan muhrim, dan bercengkerama di tempat sunyi.Mengapa perlu disandarkan hawa nafsu?kan lebih enak mencintai pada yang Esa?Teladanilah kisah Rabi’ah binti Ismail Al Adawiyah yang sepanjang hayatnya mengharapkan cinta kepada Allah.Ku tertarik dengan satu luahannya yang berbunyi:

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Sememangnya dalamnya cinta Rabi’ah kepada Rabbul Jalil.Ku akui diri ini tidak bisa mencapai tahap cinta itu,ya Allah!Berikanku kekuatan untuk mencintai-Mu,Ya Allah.Cinta manusia hanya sementara,cinta kepada pencipta kekal abadi dan tidak akan luntur.Ku lihat jam di dinding sudah pukul 10 pagi.ku tinggalkan dahulu monolog ini di sini.Santapan minda sudahku jamah biarlah ku isikan rohaniku dengan solat dhuha yang penuh pengisiannya.Kerusi rotan di penjuru rumah kutinggalkan diam di situ.

One response so far

Feb 23 2008

monologku

Published by abrar under luahan

Malam ini diriku bersendirian.Merenung jauh ke dada langit.Jutaan bintang menghiasinya. Kepulan awan kecil berarak pergi mengensot perlahan-lahan.Sang cengkerik bersukaria di celah semak.Melagukan lagu rimba yag ceria bertemankan sinaran rembulan.sesekali sang nyamuk menghisap darahku tika ku asyik menikmati suasana.ku biarkan sahaja mereka berbuat demikian. Banyak perkara bersarang di kepalaku.ku tidak tahu di mana untuk memulakannya. Terasa binggung sekali kepalaku seperti selepas dihentak penukul. Continue Reading »

4 responses so far

Feb 21 2008

coretan di kala sunyi

Published by abrar under luahan

sering kali fikiranku melayang jauh entah ke mana..mungkinku terlalu banyak berfikir tentang kehidupanku..kadang-kala tanpa sebab..mungkinku murung di kala kesepian..kekadang sahabatku pelik dengan sikapku..sekejap elok,sekejap tidak ..ku seperti individu lain..asing sekali bagiku..itu sebab diriku acapkali bersendirian..mulalah si syaitan yg direjam bekerja..di dalam diri kita ada seekor syaitan yang selalu menyebarkan segala macam hasutan kepada diri kita..hati yang lemah mudah saja goyah termakan hasutannya..mungkin sikapku yang  selalu bersendirian menyebabkan diriku lemah terhadap hasutannya..diri ini selalu mengikut perasaan tanpa berfikir dahulu dalam melakukan keputusan..Ya Allah, berikanku kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini..ku tahu diriku tidak seberani anak-anak palestin yang rela berjuang hanya berbekalkan  batu dan botol sedangkan ku tewas di  atas  beraduan.. Ya Allah, berikanlah mereka kekuatan untuk meneruskan perjuangan suciMu membela agamaMu yang kian dibenci oleh khalifahMu yang cuma  ada pada nama..mereka lebih teruk dari binatang yang tidak berakal itu..hatiku tersentuh dengan insan-insan istimewa di STBTAT.. sepanjangku berada di sana,hati kecil ini tersentuh dengan suasana di situ.. diriku cuba membantu sehabis baik,akan tetapi tidak kesampaian..ternyata sekali mereka kurang mendapat kasih sayang daripada insan tersayang..bukan salah mereka jadi begitu..semuanya sikap dari manusia itu sendiri..kita selalu impikan sesuatu yg sempurna tapi silapnya kita tidak pernah merancang untuk mencapainya..inginkan anak soleh dan solehah tapi diri masih bergelumang dengan maksiat.. anak-anak adalah cermin kepada diri kita..buruknya akhlak mereka begitulah diri kita..renungkan..maafkanku jika coretan di kala sunyi ini menyinggung sesiapa..ini cuma luahan seorang insan yang sunyi dalam mengharungi liku-liku kehidupan..

di langit ada senyum
di bumi ada tawa
senyum dan tawa menganyam erti
perasaan yang tergambar
dalam fikiran nan bahgia

di hutan ada tangis
di tasik ada sendu
tangis dan sendu menyulam erti
perasaan yang kecewa
dalam akal nan derita

ku ingin mendakap langit bahgia
namun temaran awan melindungi
bintang yang berserakan

ku ingin mengapai bumi ceria
namun ngauman sakit kemarau
menitiskan luka sengsara

4 responses so far

« Prev