Kakiku melangkah sunyi di lorong-lorong kehampaan.seretan lemah kakiku mengiringiku.Tiada cahaya menerangi laluan itu.Suram sahaja.Tiada bunyi si pungguk rindukan bulan.Tiada lagu cengkerik pemecah suasana.Kehampaan sudah lama menngambil semua itu dariku.kini yang tinggal di diriku hanya kekosongan.Tangisan kekesalan sudah lama membasahi wajahku.senyum tawa sudah lama menyepi.Kata mereka,sudah tidak sesuai lagi untuk mereka diami lagi.Suram dan tiada cahaya.
Saat ini,diri ini masih lagi dalam kesesatan.Tiada arah.kompas kehidupan sudah lama tidak berfungsi.Terhenti di situ.Bagaikan masa yang dibekukan oleh kekosongan jiwaku. Diriku masih melangkah dalam kegelapan yang nyata.Tersungkur hampa dek dugaan kehidupan.Ku cuba untuk mencantum kembali serpihan diriku tapi gagal.Ada bahagian yang masih belum kutemui.Kini,diriku terus melangkah pergi mencari bahagian yang hilang.Seretan kehampaan mengiringiku pergi


