Apr
16th

monologku - peperiksaan

Files under luahan | 5 Comments

Sempena minggu peperiksaan di USM..hehehehe

Hujung minggu lepas,anak sulungku pulang ke rumah.Katanya hendak melepaskan tekanan menjelang peperiksaan akhir semester.Lagipun sudah lama tidak pulang ke rumah.

“Najwa,monyok je muka tu ayah tengok dari tadi.Serabut sangat ke?”

“serabut juga ayah.Najwa rasa beban sangat sekarang ni.Banyak lagi yang Najwa tak faham.Makin diulangkaji semakin banyak yang tidak tahunya.Tertekan rasanya.”

“Perkara biasa tu Najwa.Ayah dulu pun begitu.Ayah bukannya budak pandai.Cuma orang biasa.Keputusan pun macam biasa.Apa yang kita usaha itu yang kita dapat.”

“Memanglah.Zaman ayah lain,zaman Najwa pun lain.Zaman ayah mungkin tak banyak kena belajar macam sekarang ni.”

“Siapa kata zaman ayah senang.Rasanya zaman ayah dulu lagi banyak ayah belajar.sudah la masa tu tak ramai yang pandai.Susah hendak mencari bantuannya.”

“Erm..Ayah,Najwa buntu sangatlah sekarang ni.Tu yang Najwa balik rumah.Najwa risaulah dengan peperiksaan ni.Terasa seperti tak dapat nak buat.”

“Mengapa begitu.Tak elok berfikiran seperti tu.Dari hati naik ke fikiran.Hati kacau maka fikiran turut kacau.Najwa dah berusaha kan?”

“Sudah cuba sebaiknya.Tapi,Najwa masih risau kalau persediaan yang Najwa buat ni masih tak cukup.”

“Kalau sudah berusaha tu,letakkan segala keyakinan kepada Allah ketika menjawab soalan nanti.Bukankah Allah maha merancang.Perancangan Allah lebih baik dari perancangan makhluknya.Janganlah mengharap bantuan-Nya jika tidak berusaha.Allah tidak akan meletakkan suatu dugaan kepada hambanya jika tidak mampu ditanggung oleh hambanya.Najwa buntu?Cuba buat begini.Apa kata Najwa baca al-quran atau solat sunat.Ayat-ayat al-quran dapat menenangkan jiwa yang kacau-bilau.Jiwa kita ni sukakan zikir.Solat sunat pula merupakan satu cara melepaskan stress.Kita buntu apabila kita stress.Di sini,solat sunat adalah satu senaman yang terbukti berkesan menghilangkan stress.Bukankah Rasulullah selalu solat sunat 2 rakaat ketika hendak mencari penyelesaian?”

“Betul.Macam mana Najwa boleh lupa tentang ini walhal kawan Najwa ada beritahu dulu.Mana ayah dapat cara ni?”

“kawan ayah juga yang bagi kat ayah.hehehe.”

Feb
23rd

monologku

Files under luahan | 4 Comments

Malam ini diriku bersendirian.Merenung jauh ke dada langit.Jutaan bintang menghiasinya. Kepulan awan kecil berarak pergi mengensot perlahan-lahan.Sang cengkerik bersukaria di celah semak.Melagukan lagu rimba yag ceria bertemankan sinaran rembulan.sesekali sang nyamuk menghisap darahku tika ku asyik menikmati suasana.ku biarkan sahaja mereka berbuat demikian. Banyak perkara bersarang di kepalaku.ku tidak tahu di mana untuk memulakannya. Terasa binggung sekali kepalaku seperti selepas dihentak penukul. (more…)